Page 9 - Novel Darah di Semantan
P. 9

SINOPSIS





         di  bawah  jagaan  Datuk  Panglima  Raja

         sementara Imam Perang Weh menjaga Pasir Tuk


         Anjang.  Tuk  Muda  Bidin,  Datuk  Bahaman,  Mat


         Lela,  dan  Tuk  Selampit  pula  di  Lubuk  Sengarat.

         Desborough                            ditugaskan                         Inggeris                    untuk


         mengetuai  lima  puluh  orang  mata-mata

         Inggeris  yang  akan  tiba  bersama  dengan  tiga


         ratus  orang  askar  sultan.  Datuk  Bahaman


         berpesan kepada pengikut-pengikutnya supaya

         berundur  jika  mereka  terlihat  askar-askar  sultan


         bercampur dengan mata-mata Inggeris. Hampir

         waktu senja, Desborough tiba di Lubuk Terua. Di


         dalam  perahunya  tidak  kelihatan  askar-askar


         sultan.  Sebaik-baik  sahaja  haluan  perahu

         Desborough bertentangan dengan rantai yang


         merentang  Sungai  Semantan,  Datuk  Bahaman

         pun  menarik  rantai  itu.  Perahu  Desborough


         terbalik.                Desborough                         dan            orang-orangnya


         tercampak  ke  dalam  air.  Bambu  runcing

         menghujani  orang-orang  Desborough.  Perahu-


         perahu  lain  tidak  jadi  mudik.  Askar-askar  sultan
                                                                                                                         9
         terpinga-pinga  lalu  hilir  mudik  ke  Batu  Hampar


         dan  ke  Kuala  Semantan.  Akhirnya,  keadaan  di


         Semantan kembali tenang.


                       Mat Kilau tiba dari Pulau Tawar membawa


         berita  bahawa  Clifford  tidak  berpuas  hati

         dengan  askar-askar  sultan  yang  mudik  pada


         hari  itu  kerana  tidak  ada  seorang  pun  yang

         tercedera.  Inggeris  menganggap  bahawa


         askar-askar  sultan  telah  membuat  perjanjian


         dengan  Datuk  Bahaman.  Clifford  mengugut

         sultan  akan  dibuang  negeri  ke  mana-mana


         pulau  di  Lautan  Hindi.  Perancangan  dilakukan

         Inggeris  apabila  Rodger  mudik  seperahu


         dengan  sultan  dan  Tengku  Ali.  Melihatkan


         kedatangan  rombongan  tersebut,  Tuk  Selampit

         mahu  menyumpit  tetapi  dihalang  oleh  Datuk


         Bahaman.  Pada  malam  itu,  Datuk  Bahaman

         membuat perancangan dan berjumpa dengan


         sultan  secara  sembunyi-sembunyi.  Perjanjian


         dibuat.  Askar-askar  sultan  dan  orang-orang

         Datuk  Bahaman  akan  berpura-pura  berlawan


         dan  hanya  akan  menembak  ke  udara  dalam

         pertempuran  keesokan  harinya.  Baginda  mahu


         perjuangan  itu  perjuangan  yang  penghabisan.


         Keesokan  harinya,  askar-askar  sultan  naik  ke

         darat.  Tembak-menembak  pun  berlaku  tetapi


         semua tembakan menghala ke udara. Tiba-tiba

         keadaan  menjadi  kelam-kabut.  Paha  Mat  Lela


         terkena  tembakan  askar-askar  sultan.  Awang


         Muhammad  pula  terkena  tembakan  di  dada.

         Dia tidak dapat diselamatkan. Askar-askar sultan


         telah  mungkir  janji.  Datuk  Panglima  Raja

         menyuruh para pengikutnya mengamuk namun


         dihalang  oleh  Datuk  Bahaman.  Tidak  semena-


         mena  Tuk  Muda  Bidin  dan  Imam  Perang  Weh

         berlari  ke  arah  askar-askar  sultan  untuk


         menyerah  diri.  Namun  begitu,  kedua-duanya

         telah ditikam oleh askar-askar sultan. Menjelang


         waktu  Zuhur  sudah  tidak  ada  tembakan  lagi.


         Perajurit-perajurit  Semantan  berundur  ke  Darat

         Kelubi. Askar-askar sultan bersorak kemenangan.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14