Page 6 - KILIM
P. 6

Penghargaan

















                                Bismillahirahmanirahim..




                                            Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami


                                dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

                                            Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada para pensyarah kami iaitu, Encik Anuar Bin Ayob, Profesor Madya

                                Zulkalnain Bin Zainal Abidin dan Cik Aslina Binti Mohamad Jainal kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada mereka, membuka ruang

                                untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.





                                            Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), dan

                                penduduk Kampung Kilim kerana memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja lapangan  ini. Mereka telah  memberikan kami segala

                                kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.




                                             Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja

                                lapangan ini. Segala bantuan dan sokongan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai sehingga membolehkan kami menyiapkan tugasan ini.





                                           Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan buat  kedua ibu-bapa kami, di atas doa, sokongan moral dan juga

                                bantuan kewangan yang diberikan kepada kami dalam menjayakan misi  ini.



                                                                                                                                                                                                                                                                       Tahukah anda?


                                                                                                                                                                                                                                                                      Pokok Ini merupakan pokok Jambu Keling
                                                                                                                                                                                                                                                                         iaitu nama asal bagi Kampung Kilim.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11