Page 9 - KILIM
P. 9
Latar Belakang Keindahan Kilim
Kampung Kilim yang terletak di Langkawi, Kedah memiliki keunikan geologi
yang tersendiri. Pemandangan yang berbukit bukau,sungai, batu-batan,
gua, paya-bakau, tasik dan haiwan liar yang menyimpan mitos yang penuh
misteri tersembunyi yang tidak terungkai oleh sesiapa pun. Kampung Kilim
juga kaya dengan sumber alam yang menyimpan seribu satu khazanah
negara. Sungai Kilim adalah merupakan tempat pelancongan yang menarik
yang terdapat di Kilim. Sektor pelancongan di Kilim menjadi semakin rancak
selepas diiktiraf oleh UNESCO sebagai Kilim Geoforest Park pada tahun 2007.
Koperasi Kilim di bawah tadbiran Jeti Pelancongan Sungai Kilim merangka
aktiviti ekopelancongan bagi membawa pelancong melihat secara dekat
formasi batuan dan fosil-fosil yang terbentuk sejak jutaan tahun yang lalu
serta menyusuri hutan paya bakau, gua-gua, sangkar ikan dan menyaksikan
habitat burung helang yang cukup sinonim dengan Pulau Langkawi.
Sejarah awal kewujudan Kampung Kilim berasal daripada sepohon pokok yang
berumur ratusan tahun. Pokok tersebut adalah pokok Jambu Keling. Berdasarkan kenyataan
yang dikeluarkan oleh Ahmad Nizar bin Hanapiah (65 tahun), sebenarnya penerokaan
Kampung Kilim berasal daripada negara luar iaitu Thailand. Kebanyakan penduduk di
Langkawi ini, terdiri daripada keturunan Siam. Perkataan ”keling” disebut “killing” oleh
orang Thailand dan pada masa sekarang dipanggil Kilim. Pokok Keling tersebut terletak
300 meter daripada pengkalan Kampung Kilim. Terdapatnya pangkalan kecil dan pangkalan
besar. Pokok Keling tersebut terletak di pangkalan besar.
Pada awal 40-an, orang dari negara Siam datang ke Langkawi meneroka tanah yang
sedia ada di Kampung Kilim. Menurut seperti yang diceritakan kepada beliau, kebanyakan
penduduk di Kampung Kilim berpindah ke Thailand. Dahulu penduduk Kampung Kilim
tidak ramai iaitu di antara 30 hingga 40 orang sahaja. Selepas itu, penduduk Kampung
Kilim bertambah kerana ramai yang sudah berkeluarga. Pada masa itu, pekerjaan penduduk
kampung ialah sebagai penebang kayu bakau dimana ianya akan dijadikan arang. Selain itu,
nelayan juga merupakan perkerjaan penduduk pada awalnya. Nelayan-nelayan ini membawa
satu tempat untuk mereka mendarat dan menurunkan hasil tangkapan mereka.