Page 8 - KILIM
P. 8

Latar Belakang                                                                                                                                                                                                      Keindahan Kilim





                                                                                                                                                                                                                     Kampung Kilim yang terletak di Langkawi, Kedah memiliki keunikan geologi
                                                                                                                                                                                                                     yang tersendiri. Pemandangan yang  berbukit bukau,sungai, batu-batan,

                                                                                                                                                                                                                     gua, paya-bakau, tasik dan haiwan liar yang  menyimpan mitos yang penuh
                                                                                                                                                                                                                     misteri tersembunyi yang tidak terungkai oleh sesiapa pun. Kampung Kilim
                                                                                                                                                                                                                     juga kaya dengan sumber alam yang menyimpan seribu satu khazanah
                                                                                                                                                                                                                     negara. Sungai Kilim adalah merupakan tempat pelancongan yang menarik
                                                                                                                                                                                                                     yang terdapat di  Kilim. Sektor pelancongan di Kilim menjadi semakin rancak
                                                                                                                                                                                                                     selepas diiktiraf oleh UNESCO sebagai Kilim Geoforest Park pada tahun 2007.
                                                                                                                                                                                                                     Koperasi Kilim di bawah tadbiran Jeti Pelancongan Sungai Kilim merangka

                                                                                                                                                                                                                     aktiviti ekopelancongan bagi membawa pelancong melihat secara dekat
                                                                                                                                                                                                                     formasi batuan dan fosil-fosil yang terbentuk sejak jutaan tahun yang lalu
                                                                                                                                                                                                                     serta menyusuri hutan paya bakau, gua-gua, sangkar ikan dan menyaksikan
                                                                                                                                                                                                                     habitat burung helang yang cukup sinonim dengan Pulau Langkawi.


















                Sejarah awal kewujudan Kampung  Kilim berasal daripada  sepohon  pokok  yang
        berumur ratusan tahun. Pokok tersebut adalah pokok Jambu Keling. Berdasarkan kenyataan
        yang  dikeluarkan  oleh Ahmad Nizar bin  Hanapiah  (65 tahun),  sebenarnya  penerokaan
        Kampung  Kilim berasal  daripada negara luar  iaitu  Thailand. Kebanyakan penduduk di

        Langkawi ini, terdiri  daripada keturunan  Siam. Perkataan  ”keling”  disebut “killing”  oleh
        orang Thailand dan pada masa sekarang  dipanggil  Kilim.  Pokok Keling tersebut terletak
        300 meter daripada pengkalan Kampung Kilim. Terdapatnya pangkalan kecil dan pangkalan
        besar. Pokok Keling tersebut terletak di pangkalan besar.


                Pada awal 40-an, orang dari negara Siam datang ke Langkawi meneroka tanah yang
        sedia ada di Kampung Kilim. Menurut seperti yang diceritakan kepada beliau, kebanyakan

        penduduk  di Kampung  Kilim  berpindah ke Thailand.  Dahulu  penduduk   Kampung  Kilim
        tidak  ramai  iaitu  di antara  30 hingga  40 orang  sahaja.  Selepas  itu,  penduduk  Kampung
        Kilim bertambah kerana ramai yang sudah berkeluarga. Pada masa itu, pekerjaan penduduk
        kampung ialah sebagai penebang kayu bakau dimana ianya akan dijadikan arang.  Selain itu,
        nelayan juga merupakan perkerjaan penduduk pada awalnya. Nelayan-nelayan ini membawa
        satu tempat untuk mereka mendarat dan menurunkan hasil tangkapan mereka.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13