Page 2 - FlipBook Inovasi Kebangsaan (1)
P. 2
ABSTRAK
Bahan ini dinamakan “E-Cergas” bagi kegunaan bahan bantu mengajar untuk kelas Pendidikan
Jasmani di sekolah. Bahan bantu mengajar ini dibina berdasarkan Model Addie yang diadaptasi
dari Rosset (1987). E-Cergas merupakan bahan bantu mengajar bagi guru permulaan khususnya
yang bukan opsyen PJ bagi melatih aktiviti kecergasan fizikal semasa kelas PJ, aktiviti di luar bilik
darjah dan juga untuk kegunaan sendiri. Bahan ini sesuai bagi keperluan murid di sekolah rendah
dan menengah kerana ia ringkas dan mudah digunakan di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik
darjah. Bahan ini juga sesuai dengan persekitaran pembelajaran masa kini yang menggunakan
komputer, di dalamnya mengandungi nota dan video setiap aktiviti latihan kecergasan fizikal. Ia
juga sangat membantu guru dan pelajar untuk menggunakannya semasa cuaca tidak mengizinkan
untuk PJ dan juga bagi pelajar menulis nota berkaitan latihan kecergasan fizikal.