Page 3 - FlipBook Inovasi Kebangsaan (1)
P. 3
PENGENALAN
Daya tahan kardiovaskular merupakan komponen terpenting dalam profil fisiologi manusia. Dan ia
juga merupakan kebolehan sistem kardiovaskular seperti jantung, saluran darah dan paru-paru
menghantar darah beroksigen ke otot-otot badan yang bekerja dan seterusnya membawa keluar
bahan kumuhan dari otot badan. Keberkesanan sistem kardiovaskular dapat dipertingkatkan
keupayaannya dengan melakukan latihan aktiviti fizikal yang sesuai khususnya latihan berbentuk
aerobik seperti naik turun bangku, fartlek, jeda, 2.4 KM, LSD dan ujian bleep. Tajuk ini merupakan
topik yang sukar untuk diterangkan kepada pelajar, tambahan pula bilangan pelajar yang ramai dan
pengetahuan sedia ada pelajar yang berbeza. Jadi satu reka bentuk bahan bantu mengajar telah
dibangunkan dan dikenali sebagai “E-Cergas”. Bahan bantu mengajar ini boleh menambahbaik
amalan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) guru PJ khasnya di sekolah.