Page 4 - FlipBook Inovasi Kebangsaan (1)
P. 4

PENYATAAN MASALAH




                              Keberkesanan sistem kardiovaskular dapat dipertingkatkan keupayaannya dengan


                melakukan latihan aktiviti fizikal yang sesuai khususnya latihan berbentuk aerobik seperti


                latihan litar, fartlek, jeda, 2.4km, LSD dan ujian bleep. Tajuk-tajuk ini merupakan tajuk yang

                sukar diterangkan kepada pelajar, tambahan pula bilangan pelajar yang ramai dan


                pengentahuan sedia ada pelajar yang berbeza-beza. Kandungan pembelajaran ini pula

                biasanya dalam bentuk ‘hard copy’ dan sukar untuk dicapai apabila pengajaran dilakukan di


                padang. Selain itu, guru perlu menunjukkan demonstrasi kemahiran aktiviti fizikal secara


                langsung semasa sesi pembelajaran. Namun begitu, bagi guru novis pula sukar untuk

                mengajar tanpa rujukan kerana belum menguasai sepenuhnya pengentahuan dan


                kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran tersebut. Oleh itu, satu reka bentuk

                bahan bantu mengajar telah dibangunkan dan dikenali sebagai “E-Cergas” dibangunkan


                dengan ciri-ciri simpanan rakaman ke cloud storage dapat menyelesaikan dilema tersebut


                dan memberi pilihan kepada guru novis untuk mendapatkan solusi yang terbaik kepada

                masalah mereka. Bahan bantu mengajar ini diharapkan dapat menambahbaik amalan


                pengajaran dan pembelajaran (pdpc) guru PJ khasnya di sekolah.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9