Page 58 - Prospektus Pengurusan SKKS 2021 V2
P. 58

DASAR SEKOLAH




                   1.  DASAR KURIKULUM

                       1.1  LATAR BELAKANG

                           Kurikulum adalah ‘CORE BUSINESS’ setiap guru dan murid-murid yang
                       belajar  di  sekolah  ini.  Penetapan  dasar  ini  mengambil  kira  kehendak,
                       matlamat  dan  keperluan  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  serta  aspirasi
                       Jabatan Pendidikan Pahang. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan
                       kepada  hala  tuju  dan  pengurusan  akademik  sekolah  ini  dalam  memberi
                       khidmat yang berkualiti kepada pelanggan.

                   2.  OBJEKTIF

                       Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan;
                       2.1  Menjadi garis panduan yang jelas kepada warga sekolah.
                       2.2  Memantapkan Pengurusan Kurikulum di peringkat sekolah.
                       2.3  Mematuhi Standard Kualiti pengurusan akademik Kementerian
                           Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah.

                   3.  DASAR

                       3.1  Dasar Kurikulum sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus
                           perdana sistem dan Dasar  Pendidikan Kebangsaan.
                       3.2  Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
                           Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.
                       3.3  Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan
                           dan kurikulum semasa.
                       3.4  Pada setiap masa, program akademik diutamakan. Hal ini bermakna
                           sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan
                           untuk program akademik diberikan keutamaan.

                   4.  MESYUARAT

                       4.1  Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat 4 kali setahun.
                       4.2  Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
                       4.3  Mesyuarat Panitia 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
                       4.4  Surat panggilan mesyuarat  diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh
                           mesyuarat.
                       4.5  Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan
                           dan kebenaran guru besar.
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63