Page 59 - Prospektus Pengurusan SKKS 2021 V2
P. 59
5. SISTEM FAIL
5.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
5.2 Semua fail diletakkan di pejabat.
6. PAKEJ MATA PELAJARAN
6.1 Sistem KSSR : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains,
Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan Jasmani & Kesihatan,
Pendidikan Seni Visual, Dunia Muzik, Sejarah, TMK dan RBT.
7. DSK, DSKP, RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN, BUKU REKOD MENGAJAR SERTA FAIL PERSEDIAAN
MENGAJAR.
7.1 Sukatan Pelajaran terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia hendaklah diperolehi dan disimpan oleh setiap guru.
7.2 Semua Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disiapkan /
dilengkapkan dengan tarikh dan minggu pada tahun semasa.
7.3 Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disahkan oleh guru besar.
7.4 Rancangan Pengajaran Harian mengandungi 5 perkara asas
I) Tajuk / Isi Pelajaran
II) Objektif
III) Aktiviti
IV) KBKK
V) Refleksi
7.5 Fail Rekod Mengajar/ Buku Rekod Mengajar, dihantar setiap hari Jumaat
pada setiap persekolahan minggu berkenaan untuk disemak oleh Guru
Besar / Penolong Kanan.
7.6 Semua guru mesti membawa Fail Rekod Persediaan Mengajar / Buku
Rekod Mengajar setiap kali masuk ke dalam kelas untuk tujuan PdP.
8. JADUAL WAKTU
8.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta
Pendidikan.
8.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan
sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.
8.3 Mengikut dasar panggilan mata pelajaran, keutamaan akan diberikan
kepada guru opsyen dan kepakaran guru.
8.4 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu/
mengikut keperluan semasa.