Page 61 - Prospektus Pengurusan SKKS 2021 V2
P. 61

12.  PEMANTAUAN

                       12.1  Pengajaran & Pembelajaran
                          12.1.1 Pengajaran dan pembelajaran guru/murid di bilik darjah akan
                                 dicerap sebanyak dua kali setahun secara rasmi.
                          12.1.2 Guru-guru akan dicerap oleh guru besar / PK / Ketua Panitia
                                 mengikut Jadual Pencerapan yang dikeluarkan setiap tahun.
                          12.1.3 Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa
                                 yang sesuai untuk dicerap.
                          12.1.4 Ketua-ketua panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah
                                 panitia masing-masing.
                          12.1.5 Semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru besar.

                   13. 1 Pengurusan Panitia

                          13.1.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan
                                 Ketua Panitia mata pelajaran.
                          13.1.2 Penolong Kanan akan menyelia semua panitia dua kali setahun.
                          13.1.3 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik , Pelan
                                 Taktikal dan Pelan Operasi.
                          13.1.4 Semua panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan
                                 TOV/ETR kohort tertentu.
                          13.1.5  Ketua panitia bertanggungjawab menyediakan anggaran
                                 belanjawan tahunan bagi tahun berikutnya.
                          13.1.6 Ketua panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka
                                 membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi
                                 peraturan kewangan.

                       13.2  Bilik-bilik khas

                          13.2.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
                                 bertanggungjawab berdasarkan Buku Pengurusan dan Panduan
                                 Tugas Guru.
                          13.2.2 Rekod penggunaan dan peraturan serta jawatankuasa mesti
                                 diujudkan.
                          13.2.3 Keselamatan peralatan dan bahan hendaklah diutamakan pada
                                 setiap masa.

                   14.  ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

                       14.1  Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa mesyuarat
                           kewangan. Setiap panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian
                           buku dan peralatan bantu belajar kepada PK Pentadbiran.
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66