Page 27 - E-Book
P. 27
PERKAHwINAN
187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur
(bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri isteri kamu itu adalah 2
sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi
mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri
sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu.
Maka sekarang campurilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa
yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta AL-bAqArAh
minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya
siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam
(Maghrib) dan janganlah kamu campuri isteri-isteri kamu ketika
kamu sedang beri´tikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan
Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah
menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekalian manusia
supaya mereka bertaqwa.
187. It is made lawful for you to approach your wives on the night
of the fast. They are a garment for you, and you are a garment for
them. Allahknows that you have been acting unjustly to yourselves,
so He has turned to you and removed from you (this burden). So
you may now enjoy their company, and seek that which Allah has
prescribed for you; and eat and drink until the white thread of light
becomes distinct to you from the black tread of the dawn. Then
complete the fast till nightfall, and do not approach your wives
while you are in retreatin the mosques. These are the limits of
Allah, so approach them not. Thus does Allah make His Signs clear
to men that they may becomepious.
197. (Masa untuk mengerjakan ibadah) haji itu ialah beberapa
bulan yang dimaklumi. Oleh yang demikian sesiapa yang telah
mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu,
maka tidak boleh mencampuri isteri (bersetubuh) dan tidak
boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam
masa mengerjakan ibadah haji. Apa jua kebaikan yang kamu
kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan berbekallah dengan
secukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah
26