Page 23 - E-Book
P. 23
KEADILAN
282. Wahai orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan
sesuatu urusan hutang piutang secara tidak tunai yang diberi 2
tempoh sehingga ke sesuatu masa yang tertentu, maka hendaklah
kamu mencatat (hutang dan masa bayarannya itu); dan hendaklah
seorang penulis antara kamu menulisnya dengan adil (benar);
dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana AL-bAqArAh
Allah telah mengajarkannya. Maka, hendaklah dia menulis dan
hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang
itu dengan jelas); serta hendaklah dia bertaqwa kepada Allah,
Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun daripada
hutang itu. Sekiranya orang yang berhutang itu kurang cerdik atau
lemah (keadaannya kerana terlalu muda atau tua) atau dia sendiri
tidakdapat hendak merencanakan (isi surat itu disebabkan bisu
atau tidak menguasai bahasa), maka hendaklah direncanakan oleh
walinya dengan adil (jujur); dan hendaklah penyaksian hutang itu
dilakukan dengan dua orang saksi lelaki daripada kalangan kamu.
Sekiranya tidak ada saksi dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan
dua orang perempuan (boleh menjadi saksi) daripada saksi-saksi
yang kamu sukai (disebabkan agama dan kejujurannya), supaya jika
yang seorang lupa daripada saksi-saksi perempuan yang berdua itu
maka seorang lagi dapat mengingatkannya; dan janganlah saksi-
saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi serta
janganlah kamu jemu menulis urusan hutang yang bertempoh
masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian
itu (catatan-catatan hutang itu), lebih adil di sisi Allah dan lebih
menguatkan keterangan saksi, dan juga lebih kecil kemungkinan
yang boleh menimbulkan keraguan kamu. Kecuali jika urusan itu
berupa perniagaan tunai yang kamu jalankan sesama sendiri, maka
tidaklah salah (berdosa) jika kamu tidak menulisnya. Adakanlah
saksi apabila kamu berjual-beli. Janganlahmana-mana jurutulis dan
saksi itu disusahkan. Sekiranya kamu melakukan (apa yang dilarang
itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasiq
(derhaka) yang ada pada kamu dan hendaklah kamu bertaqwa
kepada Allah. Allah mengajar kamu (dengan keterangan ini) dan
Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
22