Page 19 - E-Book
P. 19
ADAB MAKAN
57. Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (agar kamu
terlindung daripada panas matahari di padang pasir) dan 2
Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa" (makanan
manis seperti madu dan daging burung yang seakan-akan
puyuh), (serta Kami berfirman): "Makanlah daripada makanan-
makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu AL-bAqArAh
(tanpa kamu menyimpannya). (Tetapi mereka mengkufuri
ni´mat itu dan menyimpannya, maka Allah menghentikan rezeki
itu) Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan perlakuan
mengkufuri ni´mat itu), tetapi sebenarnya mereka menganiaya
diri sendiri.
58. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman (setelah keluar dari
padang pasir itu): "Masuklah kamu ke bandar ini (Bayt al-
Maqdis), kemudian makanlah daripada benda-benda yang ada
di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu
sukai; dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk
(merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata, “ Ya
Allah ampunilah dosa kami,” nescaya Kami ampuni kesalahan-
kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang yang
berbuat baik."
59. Kemudian orang yang zalim (menderhaka) itu mengubah
perkataan (perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka
dengan melakukan sebaliknya; maka Kami timpakan ke atas
orang yang zalim itu bala bencana dari langit, disebabkan
mereka sentiasa melakukan kefasiqan (menderhaka).
60. Dan (ingatlah) ketika Nabi Musamemohon supaya diberi air
untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu ini dengan
tongkatmu", (lalu dia pun memukulnya), maka terpancarlah
daripada batu itu dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap
puak (di kalangan mereka) telah mengetahui tempat minumnya
masing-masing. (Lalu Kami berfirman): "Makan dan minumlah
kamu daripada rezeki Allah itu, serta janganlah kamu bertebaran
di muka bumi dengan melakukan kerosakan."
57. And We shaded you with clouds, and We sent down to you
the Manna and the Quails, (saying): “Eat of the good things We
18