Page 35 - E-Book
P. 35
GEOGRAFI, GEOLOGI
DAN FALAK
19. Atau (bandingannya) seperti (orang yang ditimpa) hujan lebat
dari langit (awan), yang padanya (awan tersebut) terdapat gelap- 2
gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jari mereka ke
dalam telinga masing-masing disebabkan bunyi petir itu (supaya
tidak mendengarnya), kerana takut mati. (Tidak mungkin mereka
boleh terlepas), sedangkan (pengetahuan dan kekuasaan) Allah AL-bAqArAh
meliputi orang yang kafir itu.
20. Kilat itu pula hampir-hampir menyambar penglihatan mereka.
Setiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka
berjalan dalam cahayanya. Apabila gelap menyelubungi mereka,
mereka pun berhenti (menunggu dalam kebingungan). Sekiranya
Allah menghendaki, nescaya dihilangkan-Nya pendengaran dan
penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas
segala sesuatu.
19.Or like a rainstorm from the sky, in it darkness, thunder,
and lightning. They thrust their fingers into their ears, against
the thunder-clap for fear of death: and Allah encompasses the
disbelievers.
20.The lightning almost snatches away their sight; whenever it
gleams for them, they walk therein, but when it is dark upon them,
they stand still; and if Allah willed, He would surely have taken away
their hearing, and their sight; for Allah indeed has power over all
things.
22. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan,
dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina
dengan kukuhnya) serta diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu
dikeluarkan-Nya dengan air itu pelbagai jenis buah-buahan yang
menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi
Allah sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa
Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
22. Who made the earth a resting-place for you, and the sky as a
structure, and He sends down water from the sky, then He brings
forth therewith fruits as a provision for you! So do not set up rivals
34 to Allah while you know.