Page 255 - E:\CloudStation\Project\1 DONE\Ranhill CIMAH\Flip Book\
P. 255

No. Dok.       ERP / WTP
                                    PELAN TINDAKAN KECEMASAN
                                                                                   Muka surat          42
                                                                                   Revisi              0
                                   LOKASI:  Kampung Tengah 1&2
                                                                                   Tarikh          Aug2019

                   7.7    PROSEDUR PENGUNGSIAN


                          Incident Controller akan mengaktifkan penggera (alarm) apabila beliau telah

                          memutuskan untuk memulakan pengungsian di tapak atau premis. Beliau
                          bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua anggota, kontraktor dan

                          pelawat selamat dan tiada siapa pun yang terperangkap di tapak atau premis.

                          On-Scene Commander  atau anggota yang di lantik sebagai membuat head
                          count semasa di tempat berkumpul kecemasan. Jika terdapat mana-mana

                          anggota, kontraktor dan pelawat  yang hilang, maka head counter segera

                          memberitahu Incident Controller  untuk menjalankan operasi mencari dan
                          menyelamat oleh ERT.


                          Mana-mana anggota dan keluarga mereka yang tinggal di kuarters, perlu

                          mengikut prosedur pengungsian untuk berkumpul di tempat berkumpul
                          kecemasan yang telah ditetapkan.



                          7.7.1  Isyarat Pengungsian


                                 Apabila penggera (siren) kecemasan (klorin / kebakaran) dibunyikan
                                 (naik, turun atau berterusan) semua anggota, kontraktor dan pelawat

                                 dikehendaki untuk berkumpul di tempat berkumpul kecemasan yang
                                 telah ditetapkan. Anggota, kontraktor dan pelawat  perlu bergerak pantas

                                 ke tempat berkumpul kecemasan dan hendaklah kekal di sana sehingga

                                 arahan selanjutnya oleh Incident Controller. Hanya ERT atau anggota
                                 kecemasan dibenarkan untuk mengakses (masuk dan keluar) tapak

                                 kecemasan.


                          7.7.2  Tempat Berkumpul Kecemasan


                                 Kawasan tempat berkumpul kecemasan telah di tetapkan 2 lokasi iaitu

                                 sebagai Tempat Berkumpul Kecemasan 1 untuk kecemasan kebocoran
   250   251   252   253   254   255   256   257   258   259   260