Page 259 - E:\CloudStation\Project\1 DONE\Ranhill CIMAH\Flip Book\
P. 259
No. Dok. ERP / WTP
PELAN TINDAKAN KECEMASAN
Muka surat 46
Revisi 0
LOKASI: Kampung Tengah 1&2
Tarikh Aug2019
8 PROSEDUR KECEMASAN DITAMATKAN DAN PROSEDUR SELEPAS
KECEMASAN
8.1 PROSEDUR DAN KRITERIA KECEMASAN DITAMATKAN
Sebaik sahaja kecemasan ditapak ditafsirkan terkawal dan selamat,
pengumuman ‘ALL CLEAR’ perlu dibuat dan tahap keselamatan tapak perlu
diberi jaminan sebelum kecemasan ditamatkan. Prosedur khusus bagi proses
pemulihan selepas kecemasan boleh tentukan berdasarkan kes demi kes
bergantung kepada jenis dan keterukan kecemasan. Sebaik kecemasan
ditamatkan, menghantar pasukan tindakan kecemasan untuk menjalankan
pemeriksaan sebelum penyambungan semula operasi normal.
Kriteria berikut mesti patuhi sebelum mengisytiharkan kecemasan ditamatkan:
a) Senarai semak pemulihan perlu diperiksa / dilaksanakan;
b) ERT perlu bersiap sedia sepenuhnya dan dilengkapi dengan peralatan
yang mencukupi untuk mengendalikan kecemasan yang mungkin berlaku
pada masa akan datang dan
c) Kawasan awam (cth jalan raya, kawasan sekitar) bersebelahan dengan
tapak adalah berada dalam keadaan selamat untuk orang ramai.
8.2 AKTIVITI PEMBERSIHAN / DEKONTAMINASI SELEPAS KECEMASAN
Pengurus atau Penguasa loji akan menetapkan anggota untuk kerja-kerja
pembersihan dan dekontaminasi yang akan dijalankan selepas kecemasan
telah ditamatkan.