Page 263 - E:\CloudStation\Project\1 DONE\Ranhill CIMAH\Flip Book\
P. 263
No. Dok. ERP / WTP
PELAN TINDAKAN KECEMASAN
Muka surat 50
Revisi 0
LOKASI: Kampung Tengah 1&2
Tarikh Aug2019
9. PENYIASATAN DAN LAPORAN KEJADIAN
9.1 LAPORAN KEJADIAN
Pengurus atau Penguasa Loji akan memastikan bahawa semua kejadian
kecemasan yang berlaku di tapak akan dilaporkan dan perlu menjalankan
penyiasatan.
"Borang Pemberitahuan Kejadian (No Borang: SAJ-HSE-FM-34) dan Laporan
Siasatan Kejadian (No Borang: SAJ-HSE-FM-37)" akan dilengkapkan oleh
Pengurus atau Penguasa Loji. Salinan laporan akan dihantar kepada Jabatan
Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar dan Jabatan Pengeluaran dalam
tempoh 24 jam untuk Borang Pemberitahuan Kejadian dan di susuli Laporan
Siasatan Kejadian dalam masa 5 hari bekerja.
Semua kecemasan hendaklah dimaklumkan kepada pihak berkuasa kerajaan
seperti berikut (jika perlu):
a) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP);
b) Polis;
c) Jabatan Alam Sekitar (JAS);
d) Jabatan BOMBA dan penyelamat;
e) Pihak Berkuasa Tempatan.
9.2 PENYIASATAN KEJADIAN
Pasukan penyiasatan yang diketuai oleh Pengurus atau Penguasa Loji akan
dibentuk dan akan disertai bersama-sama Jawatankuasa Keselamatan &
Kesihatan atau Jabatan Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar, SAJ.