Page 260 - E:\CloudStation\Project\1 DONE\Ranhill CIMAH\Flip Book\
P. 260

No. Dok.       ERP / WTP
                                    PELAN TINDAKAN KECEMASAN
                                                                                   Muka surat          47
                                                                                   Revisi              0
                                   LOKASI:  Kampung Tengah 1&2
                                                                                   Tarikh          Aug2019

                   8.3    PROSES PEMULIHAN


                          Proses pemulihan perlu di laksanakan untuk memastikan semua sistem

                          kecemasan dan peralatan yang perlu diganti, diperiksa dan diuji sebelum
                          memulakan / menyambung semula operasi normal atau sebelum kecemasan

                          ditamatkan. Aspek-aspek yang perlu dilaksanakan seperti berikut:


                              a)  Menetapkan semula sistem penggera kecemasan;

                              b)  Pengisian semula alat pemadam api;

                              c)  Menjalankan pemeriksaan inventori peralatan kawalan kecemasan;
                              d)  Mengembalikan peralatan kawalan kecemasan;

                              e)  Memeriksa keadaan struktur serta fizikal loji dan peralalatan elektrik;
                              f)  Memeriksa sebarang tumpahan / kebocoran bahan kimia.


                   8.4    TAKLIMAT SELEPAS KECEMASAN



                          Suatu taklimat akan diadakan selepas kecemasan ditamatkan. Semua anggota
                          yang terlibat dalam tindakan kecemasan perlu menghadiri taklimat ini.

                          Incident Controller akan menjalankan sesi taklimat ini.


                          Perkara berikut akan dibincangkan dalam sesi taklimat selepas kecemasan:


                            a)  Kronologi kejadian atau waktu kejadian  perlu mengikut  turutan bagi

                                menentukan perkembangan kejadian kecemasan;
                            b)  Tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan seperti yang digariskan

                                dalam prosedur kecemasan dan apa-apa tindakan tambahan  yang

                                diperlukan untuk mengawal kejadian;
                            c)  Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil selepas  kecemasan

                                ditamatkan;
                            d)  Laporan  mengenai jumlah  kecederaan atau kematian akibat kejadian

                                kecemasan;
   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265