Page 1 - BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN 2019 EDITED2_Neat
P. 1
BUKU PENGURUSAN SKTMFP 2019
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
Salam perpaduan, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Fakhry.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Warga
Fakhry dan PIBG kerana sentiasa bekerja bersama-sama dengan saya tidak
mengira situasi samada musim kemarau atau musim hujan. Sama-sama terus
berusaha untuk meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa atas usaha
menghasilkan Buku Pengurusan SKTMFP 2019. Sebagai Panduan Pengurusan
dan Pentadbiran sekolah dan merupakan rujukan kepada warga SKTMFP dalam
menyempurnakan tugas-tugas harian serta melaksanakan tanggungjawab kita
masing-masing mengikut perancangan yang ditetapkan pada awal tahun.
Dengan adanya panduan pengurusan ini diharap setiap individu dapat
menjalankan tugas mengikut garis paduan dan takwin sekolah yang ditetapkan
oleh jawatankuasa perancangan tahun 2019.
Disamping itu, saya menyeru semua guru dan kakitangan sokongan
sekolah dapat bekerja sebagai satu pasukan yang mantap bagi menjanakan
lebih banyak kecemerlangan dalam bidang Kurikulum, HEM dan Kokurikulum.
Sekali lagi, saya amat berharap semua warga Fakhry dapat memberi
sokongan yang padu, komitmen dan pengorbanan sepenuhnya untuk membina
budaya kerja cemerlang untuk membangunkan modal insan di sekolah ini.
Seterusnya merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -
2025.
Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik kita semua yang
tidak pernah jemu berusaha ke arah kecemerlangan. Akhir sekali saya berdoa
agar segala usaha murni dan niat baik kita diberkati Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
“Berkhidmat Untuk Negara”
FARAHIDA BT OMAR
GURU BESAR
SEK. KEB. TENGKU MUHAMMAD FAKHRY PETRA
GUA MUSANG.
1
Pelajar Didahulukan, Pencapaian Diutamakan