Page 22 - kepelbagaianetnik-pelancungan-k5
P. 22
HUBUNGAN ETNIK | SHE 101
Kepelbagaian Makanan Tradisional Dalam Menu Restoran
15
Bilangan Pengunjung yang Menjawap
13
0 4
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Daripada rajah di atas menunjukkan 15 orang menjawap sangat setuju, 13 orang bersetuju dan 4 orang tidak
bersetuju daripada 32 orang yang menjawap borang kajian selidik tentang kepelbagaian makanan tradisional perlu
ada dalam setiap menu restoran.
Makanan boleh dikatakan sebagai salah satu sebab utama, pelancong datang ke Malaysia. Sesiapa pun
yang suka mengembara dalam atau luar Negara, pertama kali yang perlu dikaji ialah makanan orang tempatan.
Hal ini kerana, setiap negara memiliki ciri dan identitinya yang tersendiri. Ianya dapat dilihat secara langsung
daripada penyediaan dan cara-cara membuat makanan itu sendiri. Malaysia sungguh bertuah, kepelbagaian etnik
yang dimiliki membuatkan Malaysia memiliki hampir berpuluh-puluh jenis makanan tradisional. Setiap
daripadanya memiliki nilai estetiknya tersendiri. Justeru, tidak dinafikan juga bahawa hampir kesemua makanan
tradisional diperbuat dari bahan-bahan tempatan seperti rempah ratus yang digunakan yang memperlihatkan akan
asal usul serta keaslian makanan tersebut.
Makanan simbol kehidupan, ia merupakan prinsip yang tidak dinafikan. Makanan diperlukan bagi
kelangsungan hidup. Oleh yang demikian, makanan sentiasa dicari-cari walau dimana-mana sahaja. Justeru,
sesiapa yang membuka restoran yang menjual makanan jika ianya sedap tentu akan mudah untuk menarik
pengunjung datang menyantap makanan.
22 | G R O U P 5