Page 23 - kepelbagaianetnik-pelancungan-k5
P. 23
HUBUNGAN ETNIK | SHE 101
Tempat Ibadat dan Perayaan Simbol Penyatuan Atau Kepercayaan
16 15
Bilangan Pengunjung yang Menjawap
0 1
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Berdasarkan dari rajah di atas, kajian mendapatkan bahawa 15 orang menjawap sangat setuju, 16 orang bersetuju
dan seorang menjawap tidak setuju tentang tempat ibadat dan perayaan merupakan simbol kepada penyatuan dan
kepercayaan sesebuah masyarakat.
Kepelbagaian kaum telah mewujudkan perbezaan dari segi agama dan agama yang ada memiliki tempat
ibadatnya yang tersendiri dan hari perayaannya. Justeru, kebanyakkan perayaan yang ada kebiasaannya bermula
disambut dari tempat ibadat itu sendiri. Sebagai contoh Hari Raya Aidilfitri, selepas terbit fajar akan dilakukan
solat sunat hari raya di Masjid yang berdekatan atau ditempat yang terbuka. Selepas menunaikan ibadah,
masyarakat akan pulang ke rumah masing-masing untuk menyambut perayaan bersama keluarga dan seterusnya
akan berkunjung ke rumah jiran tetangga dan saudara mara yang lain. Begitu juga dengan hari sambutan perayaan
kaum yang lainnya, hal ini kerana kepercayaan adalah titik permulaan untuk mencipta perpaduan dan kesepakatan
dalam sesebuah masyarakat.
Bukan itu sahaja, perayaan yang ada juga telah membuat sebuah tradisi yang tersendiri bagi mengekalkan
kebersamaan itu tetap wujud. Rumah terbuka atau biasa disebut ‘Open House’ bagi masyarakat tempatan
merupakan kesan dari kepelbagaian perayaan yang telah lama dilakukan. Rumah terbuka kebiasaanya terjadi
semasa atau selepas sesuatu hari perayaan berlaku. Seperti sebutannya, ia menerangkan tentang keterbukaan
seseorang untuk menerima sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke rumahnya. Bermacam-macam makanan,
hiburan dan tradisi yang akan diperlihatkan oleh tuan rumah kepada para tetamunya yang datang. Daripada itu,
23 | G R O U P 5