Page 28 - kepelbagaianetnik-pelancungan-k5
P. 28
HUBUNGAN ETNIK | SHE 101
4.0 KESIMPULAN
Hubungan etnik adalah perkara yang penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Ia dapat
melahirkan masyarakat yang harmoni, saling menghormati antara satu sama lain, bekerjasama dan bersefahaman
dalam segala hal yang dipersetujui secara bersama. Hubungan etnik yang baik dapat memberikan pelbagai kesan
yang positif dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan sosial. Segala usaha perlu dilakukan secara berterusan
agar nilai-nilai murni yang sedia ada tidak “luntur dek zaman”.
Sektor pelancongan merupakan salah satu yang menerima impak atau kesan secara langsung dari
hubungan etnik yang mampan. Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan jumlah pelancong yang datang
melawat ke Malaysia. Justeru, dengan adanya kepelbagaian etnik di Malaysia, sedikit sebanyak akan memberikan
pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai negara lain seperti kebudayaan, sumber ekonomi dan
sebagainya serta bertukar pendapat atau pandangan antara satu sama lain mengenai pelbagai perkara yang
berkaitan.
Oleh yang demikian, pengaruh hubungan etnik amat penting dalam memajukan sektor pelancongan di
Malaysia. Justeru, kerjasama setiap pihak seperti kerajaan, masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan
(NGO) amat diperlukan dan dijaga dengan sebaik mungkin bagi mewujudkan suasana yang bersifat positif bagi
negara agar lebih aman, maju, selamat dan makmur.
28 | G R O U P 5