Page 24 - kepelbagaianetnik-pelancungan-k5
P. 24
HUBUNGAN ETNIK | SHE 101
dapat kita lihat akan kemesraan yang akan tercipta. Justeru, apa-apa yang menariknya di rumah terbuka ini ialah
kepelbagaian kaum yang tidak mengenal usia, jantina, status dan sebagainya. Mereka berkumpul pada satu
keraian untuk menyambut bersama-sama sesuatu perayaan tersebut
Perpaduan boleh terjadi dengan adanya dua tangan yang saling menghulurkan antara satu sama lain. Kalau
hanya mengharapkan sebuah tangan sahaja, perpaduan yang diimpikan tidak akan terjadi seperti cinta yang hanya
bertepuk sebelah tangan sahaja. Perpaduan juga memerlukan masa untuk terbina, kerana kepercayaan bukan
sesuatu yang boleh didapatkan pada masa yang singkat. Usaha juga diperlukan bagi mengekalkan hubungan yang
ada supaya perpaduan dapat berterusan
Perpaduan yang telah dicapai bukan kerana perbezaan atau persamaan yang ada, akan tetapi sikap
bertoleransi, saling menghormati serta sifat peduli antara satu sama lain tanpa mengharapkan balasan dan ikhlas
melakukannya. Hal ini kerana, kita semua ialah makhluk yang sama, memiliki dua mata, dua tangan dan kaki
serta sebuah hati. Oleh yang demikian, buanglah segala yang negatif, mari mencuba untuk bercakap secara baik-
baik, fikir yang baik-baik dan hasilnya ialah perkara yang positif akan berlaku.
24 | G R O U P 5