Page 10 - kepelbagaianetnik-pelancungan-k5
P. 10

HUBUNGAN ETNIK | SHE 101


       3.0    DAPATAN KAJIAN


              3.1    Mengenal Pasti Kepelbagaian Etnik Di Malaysia



              Menurut  kamus  dewan  edisi  ke-empat,  etnik  membawa  maksud  bukan  bangsa  manusia  dan  tidak
       memaksa untuk membuat perubahan terhadap agama atau kepercayaan atau membuang unsur etnik sesuatu kaum;

       masyarakat majmuk mempunyai kelompok etnik yang berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Etnik
       sangat berhubung kait dengan etnisiti dan etnosentrik. Etnisiti merupakan rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik

       tertentu manakala etnosentrik ialah menganggap ciri-ciri kebudayaan sesuatu sebagai wajar, betul dan utama
       daripada budaya etnik yang lain.



              Etnik seringkali disalahertikan dengan perkataan ras. Di Malaysia, kedua-dua perkataan ini telah ditukar-
       tukar sehingga membawa erti yang hampir sama maksud. Ras membawa maksud perbezaan dari segi ciri-ciri

       fizikal dalam sesebuah kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan

       kumpulan manusia ialah warna kulit. Kepelbagaian etnik yang ada telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah
       negara  yang  unik  dan  kaya  dengan  budaya.  Sebagai  contoh,  di  Malaysia  terdapat  orang  yeng  berketurunan

       Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau dan pelbagai lagi yang boleh dipanggil sebagai satu kumpulan etnik.
       Setiap  etnik  ini  mempunyai  ciri-ciri  budaya  yang  tersendiri  yang  merangkumi  adat  resam,  pakaian,  bahasa,

       kegiatan ekonomi dan sebagainya.


              Malaysia mempunyai kumpulan tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Manakala masyarakat

       bumiputera  Sabah  dan  Sarawak  juga  mempunyai  pelbagai  kelompok  etnik  yang  mengamalkan  budaya  dan
       warisan unik mereka tersendiri. Kesepakatan yang baik antara semua etnik di Malaysia inilah yang menjadi salah

       satu tunjang kekalnya kemerdekaan negara yang hampir dicapai selama 61 tahun.




       Makanan Tradisional


       Setiap etnik atau kaum di Malaysia mempunyai makanan tradisional yang tersendiri. Makanan tradisional ini
       menjadi ciri khas sesebuah kaum yang perlu dikekalkan untuk generasi yang pada masa hadapan. Makanan

       tradisional ini boleh terbahagi kepada beberapa jenis iaitu makanan basah dan makanan kering seperti biskut dan

       kuih. Makanan tradisional ini juga boleh menjadi asset negara bagi menarik pelancong untuk datang ke Malaysia
       seterusnya membantu meningkatkan sumber sosio-ekonomi negara.



                                                                                                   10 | G R O U P   5
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15