Page 7 - kepelbagaianetnik-pelancungan-k5
P. 7
HUBUNGAN ETNIK | SHE 101
2.3 Lokasi Kajian
2.3.0 Panorama Pantai Cahaya Negeri, Port Dikson
Pantai Cahaya Negeri adalah tempat rekreasi tepi pantai yang popular antara batu 5 sehingga Batu 6 di Port
Dickson, Negeri Sembilan. Dikelilingi dengan banyak resort, hotel dan pangsapuri yang terletak di sepanjang
jalur pantai. Ia merupakan salah satu destinasi pantai yang terbaik di Port Dickson. Keseimbangan tentang
keindahan alam, ketenangan yang terwujud dan kemudahan awam yang disediakan menyempurnakan kawasan
pantai ini. Perairan laut di sini juga agak bersih dan jernih dengan warna hijau kebiruan.
Sementara itu, pasir lembut dan bersih di sini sangat menarik perhatian, berkilauan putih apabila mendapat
pantulan dari matahari petang. Sebuah taman rekreasi yang terletak di pinggir timur pantai, dengan pemandangan
laut yang indah di sepanjang perimeternya, dan sebuah jambatan kayu yang membawa kepada pulau kecil (Pulau
Burung) yang berada dalam kawasan pantai telah menjadi satu identiti yang tersendiri bagi kawasan rekreasi ini.
Pulau Burung yang terletak dalam kawasan Pantai Cahaya Negeri. Ia merupakan pulau yang ditubuhi
dengan pokok paya bakau. Antara jenis spesies pokok yang ada ialah Bakau Minyak, Bakau Kurap dan Api-Api
Putih. Malahan, tempat ini sesuai menjadi kawasan untuk berekreasi bersama keluarga dan rakan-rakan serta
tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti memancing. Jambatan kayu yang terbina, menghubungkan dataran
utama pantai dan Pulau Burung merupakan tempat yang sesuai untuk mengabadikan kenangan bagi para
pengunjung yang datang.
2.3.1 Jambatan ke Pulau Burung
7 | G R O U P 5