Page 5 - kepelbagaianetnik-pelancungan-k5
P. 5
HUBUNGAN ETNIK | SHE 101
2.0 PENGENALAN
Setiap negara di dunia memiliki ciri yang tersendiri khususnya dalam kepelbagaian etnik, begitu juga dengan
negara Malaysia. Kepelbagaian etnik di Malaysia merangkumi kesepakatan antara 3 etnik terbesar iaitu Malayu,
Cina dan India serta kaum yang lainnya, ia terbentuk melalui kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1957. Kemerdekaan yang dicapai telah menyebabkan seluruh rakyat Tanah Melayu menikmati kuasa
politik yang sama rata dan keharmonian negara. Perhubungan etnik di Malaysia merangkumi 3 bidang iaitu sosial,
politik dan ekonomi. Setiap etnik di Malaysia mempunyai tradisi, budaya, agama dan bahasa mereka yang
tersendiri. Seluruh rakyat Malaysia dapat melakukan tradisi dan budaya mereka sesama sendiri dan berkongsi
kepada kaum yang lainnya sehingga menghasilkan keharmonian negara.
Kepelbagaian etnik di Malaysia telah memberi kesan kepada pelbagai bidang termasuklah bidang
ekonomi khususnya dalam sektor perlancongan. Sektor pelancongan negara sangat terkenal dengan sejarah dan
tradisi sesuatu tempat. Adanya pelbagai tradisi dan budaya dalam setiap etnik di Malaysia ini telah membantu
membangunkan bidang perlancongan negara dengan menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara.
Pelancong yang berkunjung ke sesuatu tempat kebiasaannya bertujuan untuk mengenali dan mempelajari sesuatu
budaya masyarakat setempat. Sebagai contoh, Gua Kapur di Batu Caves, Selangor merupakan salah satu pusat
ibadat kaum India yang menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dalam dan luar negara. Oleh itu, satu
kajian telah dijalankan dengan lebih lanjut bagi mendedahkan pengaruh kepelbagaian etnik yang membantu
dalam sektor perlancongan negara.
5 | G R O U P 5