Page 4 - kepelbagaianetnik-pelancungan-k5
P. 4
HUBUNGAN ETNIK | SHE 101
1.0 ABSTRAK
Kursus SHE101 - Hubungan Etnik ini membincangkan tentang konsep asas, latar belakang dan realiti sosial
masyarakat kini yang berkait dengan hubungan antara kaum di Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.
Tujuan kursus ini ialah memberikan kesedaran dan penghayatan dalam mengurus kepelbagaian ke arah
pengukuhan negara bangsa yang harmonis dan bersatu padu. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
dalam bentuk pembelajaran berasaskan pengalaman melalui aktiviti individu, berpasukan dan semangat
kesukarelaan dapat memberikan pengalaman yang boleh digunapakai pada masa hadapan. Pada akhir kursus ini,
pelajar diharapkan dapat mengamalkan nilai-nilai murni, mempunyai jati diri kebangsaan dan menerima
kepelbagaian sosio-budaya etnik di Malaysia. Kepelbagaian etnik di Malaysia menjadi salah satu penyumbang
kepada perkembangan sektor ekonomi dan sosial khususnya. Objektif utama kajian ini dijalankan ialah mengenali
dengan lebih mendalam tentang kefahaman masyarakat tempatan dan pelancong atau pelawat yang datang
berkunjung ke Malaysia akan kepelbagaian yang dimiliki. Justeru, kepelbagaian budaya dan tradisi bagi setiap
kumpulan etnik perlulah diperjelaskan kepada masyarakat agar tidak dilupakan dan dapat diwariskan kepada
generasi akan datang. Hal ini dapat dibuktikan dengan membuat kajian secara langsung atau realiti terhadap
masyarakat tempatan dan pelancong atau pelawat yang datang berkunjung melalui pendekatan yang baik, selain
melatih sikap insaniah dan cara berkomunikasi pada setiap diri individu yang terlibat. Antara contohnya ialah
aktiviti temu bual, mengedarkan borang kaji selidik dan melakukan aktiviti serta sosial eksperimen yang
mengingatkan akan kebudayaan dan tradisi yang ada di Malaysia bersama pengunjung yang datang ke tapak
kajian.
4 | G R O U P 5