Page 23 - kepelbagaianetnik-pelancungan-k5
P. 23

HUBUNGAN ETNIK | SHE 101



                           Kepelbagaian Makanan Tradisional Dalam Menu Restoran

                      16                                                  13                  15
                 BILANGAN PENGUNJUNG YANG   MENJAWAP  12
                      14




                      10

                      8

                      6

                      4

                      2
                                   0                   4
                      0
                           Sangat Tidak Setuju    Tidak Setuju          Setuju           Sangat Setuju





       Daripada rajah di atas menunjukkan 15 orang menjawap sangat setuju, 13 orang bersetuju dan 4 orang tidak
       bersetuju daripada 32 orang yang menjawap borang kajian selidik tentang kepelbagaian makanan tradisional perlu

       ada dalam setiap menu restoran.


              Makanan boleh dikatakan sebagai salah satu sebab utama, pelancong datang ke Malaysia. Sesiapa pun

       yang suka mengembara dalam atau luar Negara, pertama kali yang perlu dikaji ialah makanan orang tempatan.
       Hal ini kerana, setiap negara memiliki ciri dan identitinya yang tersendiri. Ianya dapat dilihat secara langsung

       daripada penyediaan dan cara-cara membuat makanan itu sendiri. Malaysia sungguh bertuah, kepelbagaian etnik

       yang  dimiliki  membuatkan  Malaysia  memiliki  hampir  berpuluh-puluh  jenis  makanan  tradisional.  Setiap
       daripadanya memiliki nilai estetiknya tersendiri. Justeru, tidak dinafikan juga bahawa hampir kesemua makanan

       tradisional diperbuat  dari bahan-bahan  tempatan seperti rempah  ratus yang  digunakan  yang memperlihatkan
       tentang asal usul dan keaslian makanan tersebut.


              Makanan  simbol  kehidupan,  ia  merupakan  prinsip  yang  tidak  dinafikan.  Makanan  diperlukan  bagi

       kelangsungan  hidup.  Oleh  yang  demikian,  makanan  sentiasa  dicari-cari  walau  dimana-mana  sahaja.  Justeru,

       sesiapa  yang  membuka  restoran  yang  menjual  makanan  jika  ianya  sedap  tentu  lebih  mudah  untuk  menarik
       pengunjung datang menyantap makanan.






                                                                                                   23 | G R O U P   5
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28