Page 28 - kepelbagaianetnik-pelancungan-k5
P. 28
HUBUNGAN ETNIK | SHE 101
Keamanan Yang Dicapai Melalui Kemerdekaan Perlu
Dikekalkan Demi Keharmonian Negara
25 21
BILANGAN PENGUNJUNG YANG MENJAWAP 15 11
20
10
5
0 0
0
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu didapatkan pada tahun 1957, hampir 61 tahun Malaysia merdeka.
Pelbagai perubahan telah banyak dilakukan bagi memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat untuk
mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Berdasarkan pada kajian yang dilakukan kesemua pengunjung yang
menjawap borang kajian memberikan pendapat yang positif tentang pengekalan keamanan yang dicapai daripada
kemerdekaan perlu demi keharmonian negara.
Tidak dapat dinafikan bukan senang untuk menjaga keamanan dan keharmonian sesebuah negara yang khususnya
memiliki rakyat atau masyarakat berbilang kaum. Akan tetapi ia masih ada peluang sebagai contoh, pada masa
ini kita sebagai rakyat Malaysia masih lagi merdeka, bebas melakukan apa sahaja yang diinginkan asalkan ia
tidak memberikan kesan yang negatif kepada diri sendiri. Pelbagai langkah perlu dilakukan bermula dari sebuah
keluarga, seterusnya kepada komuniti masyarakat dan akhirnya pada langkah sebagai satu negara. Bangsa yang
berjaya ialah bangsa yang merdeka, jadi kita merupakan bangsa yang berjaya.
Keamanan yang dicapai membuatkan kita hidup dengan nyaman. Banyak negara di luar sana yang telah
mendapatkan kemerdekaan, tetapi disebabkan tiadanya kesepakatan dalam sesebuah organisasi atau masyarakat
khususnya membuatkan ramai rakyatnya hidup dalam ketakutan kerana konflik yang berterusan sehingga
memaksa mereka untuk berpindah ke negara kedua atau ketiga bagi menerukan kehidupan yang jauh dari
ancaman. Oleh itu, marilah kita bersatu padu mencapai kesepakatan agar keamanan yang ada dapat dikekalkan
mencipta keharmonian dalam sesebuah masyarakat.
28 | G R O U P 5