Page 25 - kepelbagaianetnik-pelancungan-k5
P. 25

HUBUNGAN ETNIK | SHE 101


       dapat kita melihat kemesraan yang akan tercipta. Justeru, apa-apa yang menariknya di rumah terbuka ini ialah

       kepelbagaian  kaum  yang  tidak  mengenal  usia,  jantina,  status  dan  sebagainya.  Mereka  berkumpul  pada  satu
       keraian untuk menyambut bersama-sama sesuatu perayaan tersebut



              Perpaduan boleh terjadi dengan adanya dua tangan yang saling menghulurkan antara satu sama lain. Kalau
       hanya mengharapkan sebuah tangan sahaja, perpaduan yang diimpikan tidak mungkin terjadi seperti cinta yang

       hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Perpaduan juga memerlukan masa untuk terbina, kerana kepercayaan
       bukan  sesuatu  yang  boleh  didapatkan  pada  masa  yang  singkat.  Usaha  juga  diperlukan  bagi  mengekalkan

       hubungan yang ada supaya perpaduan dapat berterusan


              Perpaduan  yang  telah  dicapai  bukan  kerana  perbezaan  atau  persamaan  yang  ada,  akan  tetapi  sikap

       bertoleransi, saling menghormati serta sifat peduli antara satu sama lain tanpa mengharapkan balasan dan ikhlas
       melakukannya. Hal ini kerana, kita semua ialah makhluk yang sama, memiliki dua mata, dua tangan dan kaki

       serta sebuah hati. Oleh yang demikian, buanglah segala yang negatif, marilah mencuba untuk bercakap secara

       baik-baik, fikir yang baik-baik dan hasilnya ialah perkara yang positif berlaku.



































                                                                                                   25 | G R O U P   5
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30