Page 2 - COC_JPERDG18
P. 2

SEKALUNG PENGHARGAAN


                                                   Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
                                                   Salam Sejahtera dan Salam Satu Harapan

                                                   Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Majlis Menandatangani Certificate of

                                                   Collaboration (CoC) di antara Jabatan Perdagangan dengan Industri bagi Tahun 2018 berjaya dilaksanakan
                                                    buat julung kalinya. Saya bagi pihak pengurusan Politeknik Port Dickson ingin mengucapkan syabas dan
          tahniah kepada Jabatan Perdagangan atas usaha dan komitmen bersama-sama bagi memastikan kelancaran majlis ini.


          Sememangnya, majlis ini merupakan satu lagi usaha berterusan politeknik untuk terus maju ke hadapan ke arah meningkatkan

          lagi sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada pelajar kami. Sesungguhnya, penganjuran majlis ini wajar dilaksanakan bagi
          memberi  penghargaan  kepada  industri  yang  berkolaborasi  dengan  kami  dalam  memantapkan  sistem  pendidikan  kami  sejajar
          dengan revolusi Industri 4.0 pada masa kini.


          Sehubungan  itu,  saya  sekali  lagi  ingin  mengucapkan  setinggi-tinggi  syabas  dan  tahniah  kepada  semua  pihak  yang  terlibat
          khususnya  Jabatan  Perdagangan  bagi  penganjuran  Majlis  Menandatangani  Certificate  of  Collaboration  (CoC)  di  antara  Jabatan

          Perdagangan dengan Industri bagi Tahun 2018.

          Sekian.

          ROSLEE BIN YAHYA
          Pengarah
          Politeknik Port Dickson
   1   2   3   4   5   6   7