Page 3 - COC_JPERDG18
P. 3
SEKAPUR SIREH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Satu Harapan
T Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-
Nya Majlis Menandatangani Certificate of Collaboration (CoC) di antara Jabatan Perdagangan dengan
Industri bagi Tahun 2018 ini dapat dilaksanakan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi.
Penganjuran majlis ini sememangnya amat penting bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada Industri yang telah
menunjukkan komitmen yang tinggi serta usaha yang gigih dalam berkolaborasi dengan politeknik.
Semoga Majlis Menandatangani Certificate of Collaboration (CoC) ini akan menjadi titik tolak ke arah kejayaan yang lebih besar
kepada Politeknik Port Dickson di masa akan datang.
Sekian.
ZURIANA MOHAMED
Ketua Jabatan Perdagangan
Politeknik Port Dickson