Page 4 - COC_JPERDG18
P. 4

SEULAS PINANG




                                  Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis Menandatangani Certificate of Collaboration (CoC) di antara Jabatan
                                              Perdagangan dengan Industri bagi tahun 2018 ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan
                                              jutaan terima kasih kepada wakil-wakil Industri yang sudi hadir pada majlis ini. Tidak lupa juga kepada Ahli
                                              Jawatankuasa CoC yang telah memberi sokongan penuh  bagi menjayakan majlis ini.

          Penglibatan  industri  dalam  pendidikan  adalah  satu  peluang  yang  amat  baik  kepada  pelajar  sebagai  pendedahan  awal  kepada
          realiti pekerjaan yang  sebenar.  Sumbangan  industri  ini  membuka  peluang  kepada pelajar  untuk  mempersiapkan  diri mereka
          sebelum benar-benar menceburi pekerjaan di masa depan. Ia adalah satu kontrak kerjasama yang didokumenkan antara Jabatan
          Perdagangan PPD dengan pihak industri supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat dari kolaborasi yang dilaksanakan ini.

          Selain  itu,  CoC  ini  memberi  peluang  kepada  pihak  Jabatan  Perdagangan  PPD  mendapatkan  maklumat,  khidmat  nasihat  dan
          kepakaran bagi meningkatkan serta memantapkan program pendidikan di Jabatan. Usaha ini juga dapat meningkatkan hubungan
          dan kerjasama yang erat antara Politeknik Port Dickson dengan pihak industri.

          Kerjasama industri ini juga sejajar dengan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang sedang hangat diperkatakan kini.
          Industri 4.0 mencakupi teknologi automasi yang memberi cabaran baharu kepada semua sektor dalam negara serta memerlukan
          perubahan seiring transformasi digital untuk kekal berdaya saing dalam industri.

          Semoga usaha ini dapat membantu negara melahirkan graduan berkualiti dan memenuhi pasaran industri dalam merekabentuk
          sistem pendidikan dalam Industri 4.0 serta mencapai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan
          Tinggi).



          Sekian.

          RAHAYU HASSAN
          Pengarah Program CoC
          Politeknik Port Dickson
   1   2   3   4   5   6   7   8   9