Page 21 - jogja2018report1
P. 21
Alun-alun adalah suatu tempat yang lapang,besar dan laman persegi yang biasanya
ada di pekan, kampung dan bandar di Indonesia manakala kraton atau Keraton (dalam
bahasa Jawa) merupakan perkataan untuk Istana Diraja di indonesia. Perkataan ini
berdasarkan ke-ratu-an yang bermaksud tempat tinggal ratu. Ratu adalah panggilan
Diraja tradisional yang merujuk kepada raja atau permaisuri. Selain nama Masjid
Gedhe Kauman, masjid ini juga mempunyai beberapa nama iaitu Masjid Agung dan
Masjid Besar.
Masjid ini dibina pada hari Ahad, 29 Mei 1773M bersamaan dengan 6 Rabi’ul
Akhir 1187 Hijrah dengan luas tanah 16000 meter persegi dengan luas bangunan
masjid hingga 2578 meter persegi. Masjid ini didirikan semasa pemerintahan Sri
Sultan Hamengku Buwono I, bersama seorang penghulu pertama kraton iaitu Kyai
Faqih Ibrahim Diponingrat, penghulu pertama Kraton dan arkiteknya ialah Kyai
Wiryokusumo, yang merupakan arkitek yang tersohor pada ketika itu. Hingga saat ini,
Masjid Gedhe Kauman dijaga rapi di kraton Yogyakarta oleh Anwar Bustami,
penjaga Masjid Gedhe Kauman dari tahun 2002 hingga kini. Selang dua tahun, iaitu
pada tahun 1775, dirinya serambi masjid sebagai pelengkap saranan masjid .
Masjid ini ditubuhkan di Kauman dimana satu suku Islam berdekatan Keraton
yang penubuhannya sangat berkaitan dengan penubuhan Yogyakarta pada tahun 1756
dan ketibaan para pemimpin Islam asing ke negeri tersebut. Syarat apabila sudah
membangunkan sebuah Keraton, haruslah membina sebuah masjid. Jadi, dari syarat
itu juga terbinanya Masjid Gedhe Kauman ini. Masjid ini juga mempunya beberapa
bahagian bangunan. Salah satunya ialah di belah utara dan selatan mempunyai dua
buah Pagongan yang khas untuk diletakkan gamelan, dua buah Pajagan yang
merupakan tempat berjaga, Pengulon yang berfungsi sebagai rumah para ulama, imam
dan juga makam. Selain itu, masjid ini juga mempunyai perpustakaan, pejabat urusan
agama serta dewan.
Sebagai salah satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan dengan kraton
Yogyakarta, Masjid Gedhe Kauman ini sarat akan simbol dan filosofi Jawa. Masjid
ini mempunyai atap bersusun tiga dengan gaya tradisional Jawa yang bernama Tajuk
Lambang Teplak yang mempunyai ilustrasi daun kluwih dan gadha.
18 .