Page 22 - jogja2018report1
P. 22
Bahagian dalam Masjid Gedhe Kauman juga mempunyai ornamentasi yang menarik
yang menyebabkan orang yang datang untuk solat tertanya-tanya dan kagum dengan
ukiran yang mempunyai campuran antara agama Hindu, Buddha dan Islam. Ruang
utama solat masjid juga mempunyai 36 tiang yang dikira sebagai 6 darab 6, yang
berdasarkan Rukun Iman.
Jenis kayu yang digunakan adalah kayu keras dan sambungan antara kayu
menggunakan sistem pasak. Tiang utama masjid ini berdiri teguh dengan ketinggian
empat meter. Sebelum kayu-kayu keras ini ditebang, anggaran pokok kayu tersebut
sudah mencecah 200 tahun. Masjid ini sudah berdiri dengan teguh selama 245 tahun.
Jadi, umur kayu keras masjid ini sudah mencecah 445 tahun. Ketika pembinaan
Masjid Gedhe Kauman ini, pintu gerbang masih belum dibina lagi namun semasa
pemerintahan Sri Sultan Hamengkubuwono V, pintu gerbang ini dibina dan masih
kukuh sehingga ke hari ini. Oleh kerana Masjid Gedhe Kauman ini terletak di
kompleks kraton Yogyakarta, maka ramai pengunjung datang untuk singgah solat dan
pada masa yang sama menghargai seni bina masjid tersebut.
Gambar rajah 2.2 Hadapan Masjid Gedhe Kauman
19 .