Page 24 - SPKPPD
P. 24
7.0 Peranan kakitangan Politeknik Port Dickson dalam menjayakan SPK
Kakitangan PPD adalah terdiri daripada golongan kakitangan akademik
dan juga bukan akademik.
7.1 Kakitangan Akademik
Golongan kakitangan akademik dari 6 jabatan utama iaitu Jabatan
kejuruteraan Elektrik, Jabatan kejuruteraan Awam, Jabatan
kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian
Am dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Secara tidak
langsung kakitangan akademik akan:
7.1.1 Melaksanakan Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PPD-
PK-PLSP-05) dan Penilaian Proses Pengajaran dan
Peralatan (PPD-PK-PLSP-12) dengan mematuhi Manual
Kualiti dan Arahan Kerja.
7.1.2 Melaksanakan tugas-tugas sampingan yang diarahkan oleh
Pengarah / Timbalan Pengarah / Ketua Jabatan atau Ketua
Program
7.2 Kakitangan Bukan Akademik.
Kakitangan bukan akademik adalah dari golongan kakitangan
sokongan seperti bahagian pentadbiran dan lain-lain. Membantu
dalam melaksanakan SPK supaya semua prosedur yang digariskan
dapat dilaksanakan dengan berkesan berpandukan kepada
Prosedur Kualiti Pengurusan dan Sokongan dan Prosedur Kualiti
Pemberian Latihan Separa Profesional yang berkaitan
8.0 Anugerah Sijil MS ISO 9001:2008
SIRIM QAS Internatioanal Sdn. Bhd. telah menganugerahkan Politeknik
Port Dickson Sijil MS ISO 9001:2000 pada 12 Januari 2004. Seterusnya
Politeknik Port Dickson telah berjaya menaiktaraf sijil berkenaan kepada
MS ISO 9001:2008 pada 25 November 2009 selepas proses audit
pengawasan kali ke dua oleh pihak SIRIM pada 21 dan 22 Oktober 2009.
(Lampiran 2 dan Lampiran 3)
Buku Panduan Sistem Pengurusan Kualiti 17