Page 12 - COC_PPD_JPERDG2
P. 12
LATARBELAKANG PROGRAM COC
Majlis menandatangani Certificate of Collaboration merupakan satu
usaha berterusan politeknik untuk memantapkan hubungan kerjasama
antara politeknik dan industri bersama Jabatan Perdagangan PPD. Ini
adalah bagi mengiktiraf dan menghargai segala kerjasama berbentuk
idea, kepakaran, peluang pekerjaan dan latihan industri serta pelbagai
bentuk bantuan dan sokongan yang telah/ akan disumbangkan oleh
pihak industri kepada warga JP (pensyarah dan pelajar). Aktiviti ini
dilaksanakan selari dengan KPI yang perlu dicapai oleh setiap
politeknik supaya setiap program mempunyai kolaborasi yang aktif
dengan industri sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Pengajian Politeknik. Kerjasama ini dapat membantu Politeknik Port
Dickson dalam memantapkan kandungan kurikulum yang relevan
dengan keperluan industri, perkongsian teknologi dan perkongsian
ilmu di antara pihak akademik PPD dan pihak industri.