Page 9 - COC_PPD_JPERDG2
P. 9

DIPLOMA PEMASARAN

                  Program  ini  memberi      peluang  kepada  pelajar  bagi
                  melengkapkan     pengetahuan     tentang    prinsip-prinsip
                  pemasaran  dan  pembangunan  kemahiran  serta  teknik
                  yang  digunakan  oleh  pengamal  pemasaran  dalam
                  persekitaran perniagaan yang kompetitif.
                  Objektif  utama  program  ini  adalah  untuk  meningkatkan
                  keupayaan    pelajar   bagi   melaksanakan     tugas-tugas
                  pemasaran  yang  merangkumi  campuran  pemasaran,
                  gelagat pengguna, penyelidikan pemasaran dan pembuatan
                  keputusan,  sama  ada  di  peringkat  tempatan  mahupun
                  antarabangsa.  Program  ini  juga  meliputi  bidang-bidang
                  lain  yang  berkaitan  seperti  perdagangan,  perakaunan,
                  ekonomi, keusahawanan, pengiklanan, peruncitan, undang-
                  undang  dan  teknologi  maklumat  yang    akan  membantu
                  pelajar untuk membuat keputusan pemasaran yang betul.
                  Untuk  melahirkan  modal  insan  yang  seimbang,  kursus
                  Bahasa Inggeris dan Pengajian Malaysia ditawarkan. Bagi
                  meningkatkan  lagi  keupayaan  dan  kemahiran  pelajar
                  dalam bidang pemasaran, pelajar akan menjalani enam (6)
                  semester program termasuk  latihan industri.
                  Melalui  kajian  kes  dan  projek  berpasukan,  pelajar  akan
                  dapat  menganalisis  situasi  pasaran  semasa,  mengenal
                  pasti  dan  menilai  peluang-peluang  pasaran  dan  belajar
                  untuk  membangunkan  pelan  pemasaran  yang  bersepadu.
                  Justeru itu,  adalah  menjadi harapan  bahawa program ini
                  akan  dapat  melahirkan  graduan  yang  berkelayakan,
                  transformatif  dan  kompeten  serta  mampu  untuk  menjadi
                  sebahagian    daripada    tenaga   kerja   dalam    sektor
                  perniagaan.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14