Page 4 - COC_PPD_JPERDG2
P. 4
SEULAS PINANG
Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis Menandatangani Certificate of Collaboration (CoC) di antara Jabatan
Perdagangan dengan Industri bagi tahun 2018 ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada wakil-wakil Industri yang sudi hadir pada majlis ini. Tidak lupa juga kepada Ahli
Jawatankuasa CoC yang telah memberi sokongan penuh bagi menjayakan majlis ini.
Penglibatan industri dalam pendidikan adalah satu peluang yang amat baik kepada pelajar sebagai pendedahan awal kepada
realiti pekerjaan yang sebenar. Sumbangan industri ini membuka peluang kepada pelajar untuk mempersiapkan diri mereka
sebelum benar-benar menceburi pekerjaan di masa depan. Ia adalah satu kontrak kerjasama yang didokumenkan antara Jabatan
Perdagangan PPD dengan pihak industri supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat dari kolaborasi yang dilaksanakan ini.
Selain itu, CoC ini memberi peluang kepada pihak Jabatan Perdagangan PPD mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan
kepakaran bagi meningkatkan serta memantapkan program pendidikan di Jabatan. Usaha ini juga dapat meningkatkan hubungan
dan kerjasama yang erat antara Politeknik Port Dickson dengan pihak industri.
Kerjasama industri ini juga sejajar dengan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang sedang hangat diperkatakan kini.
Industri 4.0 mencakupi teknologi automasi yang memberi cabaran baharu kepada semua sektor dalam negara serta memerlukan
perubahan seiring transformasi digital untuk kekal berdaya saing dalam industri.
Semoga usaha ini dapat membantu negara melahirkan graduan berkualiti dan memenuhi pasaran industri dalam merekabentuk
sistem pendidikan dalam Industri 4.0 serta mencapai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan
Tinggi).
Sekian.
RAHAYU HASSAN
Pengarah Program CoC
Politeknik Port Dickson