Page 5 - COC_PPD_JPERDG2
P. 5
LATAR BELAKANG PPD
Politeknik Port Dickson telah ditubuhkan pada
tahun 1990 dengan keluasan 100 ekar. Ia
merupakan politeknik ke enam dibina di bawah
Bahagian Pengurusan Politeknik, Jabatan
Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Di bawah Rancangan Malaysia ke-7,
Politeknik ini telah diberi dana berjumlah RM55
juta untuk menaiktaraf kemudahan dan
bangunannya. Politeknik Port Dickson telah
dianugerahkan sijil MS ISO 9001: 2015 pada sesi
Disember 2016. Jabatan Pendidikan Politeknik
telah menetapkan 3 penanda aras yang perlu
dicapai;
1. Politeknik Malaysia sebagai peneraju pendidikan
dan latihan teknik dan vokasional di peringkat
serantau
2. 85% graduan politeknik mendapat pekerjaan
(termasuk melanjutkan pelajaran) dalam tempoh
enam bulan selepas menamatkan pengajian.
3. 50% lepasan SPM yang layak, memilih
politeknik sebagai institusi pilihan pertama untuk
melanjutkan pelajaran.
Politeknik Port Dickson telah merangka Konsep
hala Tuju Transformasi Politeknik agar dapat
melestarikan pembangunan modal insan bagi
membangunkan sumber manusia negara melepasi
tahun 2020. Perancangan serta tindakan juga
telah disusun bagi mencapai hasrat dan matlamat
menjadi Politeknik tersohor di dalam Negara.