Page 7 - COC_PPD_JPERDG2
P. 7
LATAR BELAKANG JABATAN PERDAGANGAN
Jabatan Perdagangan (JP) mula beroperasi pada bulan
Jun 1990. Pada ketika itu hanya 2 kursus diploma sahaja
yang ditawarkan iaitu kursus Diploma Perakaunan dan
juga Kursus Sains Kesetiausahaan. Objektif JP adalah
untuk melahirkan tenaga kerja separa professional
terutamanya dalam bidang perdagangan. Seterusnya
diperkembangkan lagi dengan penambahan kursus
Diploma Pemasaran.
Jumlah terkini bagi pelajar Jabatan Perdagangan adalah
seramai 1500 orang pelajar, manakala bilangan
pensyarah seramai 60 orang.
Sejak JP ditubuhkan, ia telah melahirkan ramai pelajar
yang berkaliber dalam pelbagai bidang. Graduan dari
jabatan ini telah berjaya menjawat jawatanyang baik,
antaranya sebagai penolong akauntan, penolong
juruaudit, eksekutif perakaunan, pegawai bank, eksekutif
jualan, usahawan, penyelia pemasaran, jururunding
pemasaran, stenographer, pembantu peribadi, setiausaha,
setiausaha sulit dan sebagainya
Sehingga kini Jabatan Perdagangan telah mengeluarkan
graduan hampir 13 000 orang bagi menampung keperluan
di dalam industri.