Page 2 - COC_PPD_JPERDG2
P. 2
SEKALUNG PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Satu Harapan
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Majlis Menandatangani Certificate of
Collaboration (CoC) di antara Jabatan Perdagangan dengan Industri bagi Tahun 2018 berjaya dilaksanakan
buat julung kalinya. Saya bagi pihak pengurusan Politeknik Port Dickson ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada Jabatan Perdagangan atas usaha dan komitmen bersama-sama bagi memastikan kelancaran majlis ini.
Sememangnya, majlis ini merupakan satu lagi usaha berterusan politeknik untuk terus maju ke hadapan ke arah meningkatkan
lagi sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada pelajar kami. Sesungguhnya, penganjuran majlis ini wajar dilaksanakan bagi
memberi penghargaan kepada industri yang berkolaborasi dengan kami dalam memantapkan sistem pendidikan kami sejajar
dengan revolusi Industri 4.0 pada masa kini.
Sehubungan itu, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat
khususnya Jabatan Perdagangan bagi penganjuran Majlis Menandatangani Certificate of Collaboration (CoC) di antara Jabatan
Perdagangan dengan Industri bagi Tahun 2018.
Sekian.
ROSLEE BIN YAHYA
Pengarah
Politeknik Port Dickson