Page 214 - rise 2017
P. 214
Memperkasakan Penguasaan Kemahiran Insaniah (Teamwork dan Leadership) Melalui Program
Bersama Komuniti Setempat
Puteri Nadia Dayanie Binti Megat Sabri
Politeknik Ungku Omar,Perak
ndayanie@puo.edu.my
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji dan mengukur penguasaan kemahiran insaniah pelajar
dari segi (Team work dan Leadership) melalui program bersama komuniti setempat. Instrumen kajian
yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan temubual bersama komuniti setempat. Tujuan dan
objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau program khidmat masyarakat ini dalam
memperkasakan kemahiran insaniah pelajar sebagai persediaan sebelum pelajar ini berhadapan dengan
masyarakat dan menilai peningkatan kemahiran insaniah pelajar selepas penglibatan pelajar dengan
program khidmat masyarakat ini. Pemerhatian dan analisis dokumen digunakan sebagai instrumen kajian.
Dapatan kajian ini menunjukkan para fasilitator program berkeyakinan untuk berkomunikasi dan boleh
berkerjasama secara berkumpulan dengan peserta program disamping dapat melaksanakan tugasan yang
diberikan dengan baik sepanjang tempoh program berjalan. Daripada maklumbalas soal selidik didapati
responden sebanyak 98.4 % bersetuju bahawa fasilitator memberi teamwork yang baik apabila setiap
pertanyaan dijawab dengan baik, teratur dan mudah difahami. Selain itu responden bersetuju sebanyak
96.7% bahawa mereka dapat memasang litar tanpa bantuan yang menunjukkan leadership terhadap
fasilitator itu sendiri. Di mana fasilitator memberi penerangan yang jelas dan ringkas serta memberi
dorongan sehingga pelajar terbabit boleh memasang sendiri. Masyarakat setempat yang terdiri daripada
guru-guru pelajar sekolah rendah ini juga turut memberikan komen dan maklum balas yang positif
berdasarkan soalan maklum balas yang diedarkan selepas berakhirnya program khidmat masyarakat ini.
Maklumbalas daripada masyarakat setempat bersetuju bahawa fasilitator menunjukkan leadership yang
baik kerana berupaya menerangkan dengan jelas dan teratur daripada pemahaman teori sehingga ke
pemasangan litar. Masyarakat setempat juga bersetuju teamwork diantara fasilitator dan pelajar yang baik
menyebabkan penerangan dapat dijalankan secara teratur. Dapat dirumuskan bahawa melalui program
bersama komuniti ini,kemahiran insaniah (teamwork dan leadership) dapat diterapkan dan dipupuk
dengan baik di kalangan pelajar DEE2C.
Kata Kunci : Team work, leadership, program bersama komuniti
PENGENALAN
Apabila sesi perkuliahan dijalankan, seringkali pelajar hanya menitikberatkan pengetahuan teknikal
dengan kurangnya mengambil berat tentang kemahiran insaniah disebabkan faktor pemarkahan.
Sedangkan kemahiran insaniah pelajar merupakan salah satu item penilaian yang wajib terdapat didalam
setiap kursus yang diajar. Menurut Md Zain.et al.(2007), sesebuah universiti bukan melahirkan siswazah
yang yang cemerlang dalam ilmu pengetahuan teknikal sahaja, tetapi perlu melahirkan siswazah yang
mempunyai ciri-ciri kemahiran insaniah yang diperlukan oleh Negara[1].
Kemahiran insaniah adalah kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam
menempuhi alam pekerjaan. Menurut Md. Tahir.et al.(2014), kemahiran insaniah adalah suatu
kemahiran generic yang mempunyai pelbagai elemen pembelajaran utama yang meliputi keperibadian
dan kerja berkumpulan[2]. Menurut Ahmat Isa.et al. (2013) menyatakan penerapan elemen kemahiran
insaniah, dalam kurikulum program kejuruteraan, bertepatan dengan teras ketiga dan keempat hala tuju
transformasi politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi serta membina imej bereputasi tinggi
dan budaya kerja cemerlang.
Kemahiran teamwork merupakan kebolehan pelajar membina hubungan yang baik, berinteraksi
dengan orang lain serta bekerjasama dalam mencapai objektif. Kemahiran ini membolehkan pelajar
memberi kerjasama dan bertanggungjawab bersama ahli kumpulan disamping memberi sumbangan
samaada dalam bentuk fizikal atau idea. Manakala kemahiran leadership memerlukan pelajar
mempunyai pengetahuan asas tentang kepimpinan sebelum menjadi pemimpin bagi sesebuah projek yang
bakal dilaksanakan. Bagi menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi, pelajar tidak seharusnya hanya