Page 215 - rise 2017
P. 215
pandai mengarah malah harus turut sama membantu ahli kumpulan yang lain bagi mencapai matlamat
yang dikehendaki.
Kebiasaannya, kemahiran insaniah pelajar iaitu teamwork dan leadership dinilai daripada amali
di dalam makmal ataupun pembentangan di dalam kelas. Melalui sesi amali yang dijalankan, pelajar akan
dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan mempunyai ahli seramai 2 atau 3
orang. Tugasan akan diagihkan kepada setiap ahli kerana diakhir sesi amali, pelajar akan dinilai.
Seringkali semasa sesi amali, terdapat segelintir pelajar yang tidak memberi komitmen dan hanya
menunggu jawapan sahaja. Apabila ujian amali dijalankan secara individu, boleh dilihat yang hanya
pelajar yang memberi komitmen dapat melepasi ujian tersebut berbanding dengan pelajar yang tidak
memberi komitmen.
Dengan merujuk kepada kepentingan kemahiran insaniah, maka program bersama komuniti
setempat dirancang agar pelajar-pelajar ini dapat memperkasakan penguasaan kemahiran insaniah
disamping menguatkan teori didalam pembelajaran. Di samping itu, aktiviti ini juga adalah salah satu
pendedahan awal dan juga penambah keyakinan diri kepada para pelajar Politeknik Ungku Omar khasnya
dalam konteks kemahiran insaniah bersama komuniti luar supaya mereka boleh mingkatkan kemahiran
iaitu teamwork dan leadership.
FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN
Fokus kajian ini ialah mencari pendekatan terbaik bagi memperkasakan kemahiran insaniah pelajar
sebagai persediaan sebelum pelajar ini berhadapan dengan dunia pekerjaan disamping dapat menguasai
ilmu terutamanya daripada aspek teori. Program ini melibatkan seramai 15 orang pelajar semester 2
daripada program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik iaitu dari kelas DEE2C dan 61 orang
pelajar. Program yang dilaksanakan ini adalah merupakan program khidmat masyarakat menggunakan
komponen diod dalam aplikasi litar get logik untuk menguji bagaimana kefahaman pelajar didalam teori
dan praktikal disamping berkomunikasi bersama pelajar sekolah rendah. Sebelum program ini dimulakan,
pelajar diberi latihan mengenai pemasangan tentang diod sebanyak 2 kali dalam jangka masa ditetapkan
dan dikehendaki untuk memperjelaskan teori diod kepada pensyarah. Ini untuk menguji tentang
kecekapan pelajar berkomunikasi dan semasa menerangkan teori dan memasang litar dihadapan
pensyarah. Dengan program ini, pelajar juga dapat membentuk sifat leadership kerana setiap kumpulan
hanya mempunyai seorang fasilitator yang bertanggungjawab pada ahli dan bagaimana teamwork dengan
pelajar sekolah rendah. Pelajar sekolah rendah terdiri daripada pelajar tahap 2 iaitu darjah lima dan enam.
Seramai 61 peserta yang terlibat didalam program ini dan dilaksanakan di dua buah sekolah, dimana
masa yang diambil bagi setiap program adalah selama empat jam. Sepanjang pelaksanaan program
khidmat masyarakat, terdapat seorang pelajar diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk mengendalikan
program tersebut dan rakan-rakan lain sebagai fasilitator kumpulan. Pensyarah hanya bertindak sebagai
pensyarah pebimbing iaitu memerhati dan memantau sepanjang sesi program khidmat masyarakat
tersebut berlangsung.
Berdasarkan pemerhatian, dalam 15 minit pertama fasilitator agak kekok dalam berkomunikasi
menyebabkan kekurangan teamwork antara mereka. Tetapi fasilitator terbabit dapat mengatasi
kekurangan dan seterusnya memperlihatkan leadership terhadap rakan-rakan dan dengan adanya
teamwork berjaya mengawal keadaan dengan baik. Soalan kaji selidik turut diedarkan pada peserta untuk
mendapatkan maklum balas daripada responden. Sebelum borang maklum balas di isi oleh peserta di
hujung kursus, pensyarah pembimbing turut menilai pencapaian pelajar sepanjang sesi perkongsian ilmu
ini. Berdasarkan borang maklum balas daripada para peserta, didapati peserta memberikan komen yang
positif. Jadual 1 menunjukkan maklum balas pensyarah pembimbing sebelum borang ini diedarkan pada
peserta.
Bil Penyataan Ya Tidak
1 Fasilitator memberikan penerangan yang mudah difahami /
2 Fasilitator memberikan penerangan yang jelas /
3 Fasilitator memberikan penerangan secara teratur /
4 Fasilitator memberikan maklum balas apabila ditanya /
5 Saya berpeluang bertanya semasa Fasilitator mengajar /
6 Saya seronok membuat latihan yang diberi /