Page 217 - rise 2017
P. 217

PROSEDUR TINDAKAN
             Prosedur tindakan dalam perlaksanaan kajian bagi membantu dalam meningkatkan kemahiran insaniah
             pelajar sebagai persediaan sebelum pelajar ini berhadapan dengan masyarakat terutama semasa menjalani
             latihan industri. Dalam kajian ini menggunakan empat kaedah iaitu pemerhatian, soal selidik, temubual
             dan analisis data.

             Langkah 1 – Taklimat dan latihan sebelum program bersama pelajar DEE2C
             Pada peringkat permulaan, taklimat aktiviti disampaikan kepada pelajar-pelajar kelas DEE2C berkenaan
             aktivi program, venue program, kumpulan sasaran, tarikh program dan masa bagi setiap sesi. Kemudian
             sesi  pemilihan pelajar dijalankan. Pemilihan  adalah secara sukarela dan seramai 15 orang pelajar dari
             kelas  DEE2C  memilih  untuk  menyertai  aktiviti  ini.  Kemudian  sesi  latihan  dijalankan  selama  2  jam
             dimana pelajar dikehendaki menerangkan fungsi setiap komponen, kendalian litar, pemasangan litar dan
             pengujian  litar  kepada  pensyarah.  Sesi  ini  dijalankan  sebanyak  2  kali  sebelum  program  dimulakan
             dimana untuk menilai keupayaan pelajar dari segi teori dan kemahiran insaniah.

             Langkah 2 – Aplikasi program get diod- peringkat sekolah rendah
             Seorang  pelajar  akan  bertindak  sebagai  fasilitator  yang  bertugas  sebagai  hos  yang  mengawal  dan
             mengendalikan program get diod. Sepanjang sesi dijalankan, 14 orang pelajar bertugas sebagai fasilitaor
             didalam kumpulan di mana setiap kumpulan akan mempunyai 2-3 orang peserta.   Fasilitator ini akan
             mengajar peserta ini berkenaan fungsi komponen, kendalian litar, penyambungan litar dan pengujian litar
             dalam tempoh 1 hingga 1 jam setengah. Setiap peserta akan dibekalkan komponen – komponen secara
             individu.

             Langkah 2 – Pemberian soalan penyambungan litar peringkat sekolah rendah - 61 orang pelajar
             Selesai penerangan teori dan pemasangan, para peserta diuji dengan soalan penyambungan litar  yang
             perlu disiapkan dalam tempoh 30 minit dan dinilai secara individu. Para peserta dikehendaki membuat
             penyambungan  litar  dan  melengkapkan  jawapan  dalam  bentuk  jadual.  Hanya  3  peserta  dipilih
             berdasarkan masa terpantas dan litar perlulah berfungsi sepenuhnya. Semasa sesi penilaian ini, fasilitator
             ditugaskan sebagai juri untuk menilai dan mencatat masa bagi setiap peserta. Berdasarkan pemerhatian,
             kesemua peserta boleh memasang litar dan memahami bagaimana kendalian litar.

             Langkah 3 – Borang soal selidik
             Keberkesanan  program  yang  dijalankan  dari  aspek  peningkatan  kemahiran  insaniah  pelajar  selepas
             penglibatan pelajar dengan program khidmat ini akan diukur dengan diberi borang soal selidik kepada
             peserta program. Borang tersebut perlu diisi adalah bertujuan untuk mengukur sejauh mana keberkesanan
             fasilitator menerangkan dan membantu peserta memahami penggunaan komponen diod dalam aplikasi
             litar get logik ini.

             Langkah 4 - Temubual
             Sesi temubual bersama guru sekolah juga dilakukan bagi mendapatkan  maklum balas daripada pihak
             sekolah berkenaan program yang dilaksanakan sama ada wajar untuk diteruskan atau pun tidak. Ianya
             juga  untuk  mendapat  pandangan  dan  penilaian  cara  penyampaian  dan  kendalian  pelajar  dalam
             menguruskan program ini.

             Langkah 5 – Refleksi
             Berdasarkan maklum balas dan pemerhatian yang dibuat, di dapati pelajar dapat memberi penerangan
             yang jelas dan teratur sepanjang program khidmat masyarakat itu berlangsung. Selain itu, pengurusan
             perjalanan  program  daripada  awal  hingga  akhir  berjalan  dengan  lancar,  semua  pelajar  tahu
             tanggungjawab  dan  peranan  masing-masing.  Pelajar-pelajar  boleh  teamwork  dalam  satu  pasukan  dan
             dapat mendengar arahan yang diberikan oleh ketua kumpulan dengan baik. Responden pula menyatakan
             mereka  memahami  penyampaian  yang  disampaikan  oleh  fasilitator.  Disamping  itu  juga  dapat  melatih
             pelajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan pandai menguruskan masa dalam melaksanakan tugas
             yang diberikan.
   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222