Page 222 - rise 2017
P. 222

Kajian Kefahaman Pelajar Semester 4 JKM Terhadap Teknologi Hijau Di PMM

                                             *
                            Jannatunnaim Bt Harun , Gwee Chiou Chin & Wan Hasbulalfi

                                        Politeknik Merlimau, Melaka

                                       *jannatunnaim@pmm.edu.my

                                              ABSTRAK
             Kesedaran terhadap teknologi hijau di Malaysia perlu diterapkan di kalangan generasi muda khususnya
             warga  kampus  institusi  pendidikan  tinggi.  Kesedaran  terhadap  teknologi  hijau  dapat   membantu
             mengurangkan kesan rantaian pencemaran alam seperti fenomena pemanasan global, kekurangan sumber
             air  bersih  dan  seumpamanya.  Kajian  deskriptif  kuantitatif  berbentuk  kajian  kes  terhadap  kesedaran
             teknologi  hijau  di  kalangan  warga  PMM  telah  dijalankan.  Seramai  150  orang  pelajar  yang  terdiri
             daripada  kelas  DKM4,  DTP4  dan  DEM  4  telah  dipilih  untuk  dijadikan  responden   bagi  kajian  ini.
             Perlaksanaan  kajian  adalah  menggunakan  kaedah  tinjauan  berbentuk  kuantitatif  dengan  menyediakan
             borang  soalselidik  yang  mengandungi  soalan-soalan  berstruktur.  Data-data  yang  dikumpulkan  pula
             dianalisiskan  secara  sistematik  dengan  menggunakan  perisisan  Statistical  Package  for  Social  Science
             (SPSS)  untuk  menghasilkan  dapatan  kajian.  Analisis  data  menunjukkan  bahawa  tahap  pengetahuan
             pelajar  semester  empat   terhadap  Teknologi  Hijau  adalah tinggi  dengan  nilai purata  skor  min  4.0805.
             Justeru  kajian  ini  menyarankan  usaha  mempertingkatkan  kesedaran  dan  pengetahuan  pelajar  terhadap
             teknologi hijau dalam usaha memelihara alam sekitar.
             Kata kunci: Tahap Kesedaran, teknologi hijau, soalselidik, tinjauan .

             PENGENALAN
             Kajian  pemahaman  tentang  kesedaran  teknologi  hijau  di  PMM  bertujuan  untuk  medapatkan  gambaran
             pelajar  tentang  pendedahan  teknologi  hijau.Soal  selidik  melibatkan  pelajar  semester  4  Jabatan
             Kejuruteraan  Mekanikal.Borang  soal  selidik  disediakan  untuk  medapatkan  hasil  kajian  dan  dianalisis
             menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science(SPSS).
                  Memandangkan masalah alam sekitar yang semakin meningkat, maka keperluan untuk melahirkan
             generasi  dan  masyarakat  yang  tanggungjawab  memelihara  alam  sekitar  sangat  penting.  Sehubungan
             dengan itu, di atas rasa tanggungjawab dan prihatin,Politeknik Merlimau Melaka tidak ketinggalan dalam
             mendidik warganya untuk mencintai dan menghargai alam sekitar. Politeknik Merlimau, Melaka (PMM)
             telah melaksanakan pembangunan teknologi hijau di kawasan sekitar kampus bermula dari tahun 2010.
             Bermula  dengan  Program  Penjimatan  Tenaga  melalui  kaedah  Kontrak  Penjimatan  Tenaga  (Energy
             Performance  Contract  (EPC)  yang  dilaksanakan  oleh  Jawatankuasa  Pengurusan  Tenaga  Politeknik
             Merlimau.  Seterusnya  Jawatan  Kuasa  Kampus  Hijau  Politeknik  Merlimau  telah  ditubuhkan  dan
             melaksanakan beberapa inisiatif hijau untuk mencapai status kampus hijau. Kajian ini dijalankan untuk
             menyedarkan  pelajar  JKM  tentang  pentingnya  Teknologi  Hijau  dalam  meminimumkan  kesan-kesan
             negative manusia terhadap alam sekitar.
                Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk:
               a)  Menguji tahap pemahaman tentang teknologi hijau di kalangan para pelajar.
               b)  Mencadangkan langkah-langkah untuk memulihkan atau mempertingkatkan teknologi hijau.

             KAJIAN LITERATUR
             Pendidikan  dilihat  sebagai  satu  cara  yang  terbaik  bagi  membentuk  generasi  yang  berpengetahuan  dan
             kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar. Pendidikan alam sekitar merupakan asas bagi mewujudkan
             masyarakat  yang  mempunyai  kesedaran  terhadap  alam  sekitar,  dengan  itu  akan  dapat  melahirkan
             masyarakat  Malaysia  yang  lebih  beretika.  Dengan  membekalkan  pengetahuan  akan  meningkatkan
             kesedaran dan keprihatinan sikap seterusnya akan melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku yang
             lebih  positif  terhadap  alam  sekitar  (Kollmuss  dan  Agyeman,  2002).  Pembangunan  PMM  bertujuan
             menyediakan persekitaran pembelajaran di mana idea dan inovasi boleh tercetus, boleh dibangunkan dan
             menggunakannya untuk meningkatkan kualiti hidup. Ini sejajar dengan reka bentuk bangunan sehingga
             kepada penggunaan tenaga, air dan sebagainya. PMM sedang dalam usaha yang serius untuk melakukan
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227