Page 223 - rise 2017
P. 223

tanggungjawab  dan  keprihatinan  terhadap  kemampanan  pembangunan  dengan  mewujudkan  operasi
             kampus alam sekitar yang mampan dan berterusan

             METODOLOGI KAJIAN RESPONDEN
             Di  dalam  kajian  ini,  penyelidik  menggunakan  seramai  150  orang  pelajar  yang  terdiri  daripada  kelas
             DKM4, DTP4 dan DEM 4 telah dipilih untuk dijadikan responden  bagi kajian ini.Keseluruhan populasi
             sebagai  responden  kajian  kerana  populasinya  adalah  kecil  iaitu  seramai  150  orang.  Responden  adalah
             pelajar  di  Jabatan  Kejuruteraan  Mekanikal,  Politeknik  Merlimau,  semester  4.  Mohd  Najib  (1999)
             menyatakan bahawa jika jumlah populasinya adalah kecil penyelidik boleh menggunakan keseluruhan ahli
             sebagai sampel. Justeru itu, keputusan pemilihan kesemua responden yang dibuat adalah tepat.

             INSTRUMEN KAJIAN
             Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah merupakan satu set borang soal selidik yang
             diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklumbalas. Menurut Mohd Najib (1999), kaedah kajian
             secara tinjauan yang menggunakan soal selidik merupakan kaedah yang paling popular.
                  Soal  selidik  ini  terbahagi  kepada  dua  bahagian.  Bahagian  A  mengandungi  soalan-soalan  yang
             bertujuan  untuk  mendapat  maklumat  mengenai  demografi  respoden  yang  terdiri  daripada  jantina  dan
             bangsa  pelajar.  Manakala  bahagian  B  pula  merangkumi  soalan  berstruktur  yang  berkaitan  dengan
             pemahaman pelajar tentang teknologi hijau. Pada bahagian ini, kaedah skala likert telah digunakan untuk
             memberi  pilihan  respon  kepada  responden.  Memandangkan  skala  likert  mengambil  masa  yang  singkat
             untuk  dilaksanakan,  maka  ianya  sering  menjadi  kebarangkalian  yang  menarik  dalam  kajian.  Aras
             persetujuan dan skala pemeringkatan likert adalah seperti dalam jadual 1.

             Jadual 1: Skala Pemeringkatan Likert
                 Tahap Skala           1           2         3        4          5
                                Sangat         Tidak   Tidak
                Tahap kepentingan                       Tidak Pasti   Setuju   Sangat Setuju
                                    Setuju      Setuju

                  Tahap  penerimaan  analisis  skor  min  dalam  kajian  ini  ditentukan  dalam  satu  jadual  spesifikasi
             berdasarkan kepada julat yang dicadangkan oleh Mohd Najib (1999) seperti yang ditunjukkan pada Jadual
             2 yang dijadikan sebagai panduan bagi mengukur tahap kecenderungan item-item dalam borang soalan
             sedidik.

               Jadual 2 : Tahap Penerimaan Berdasarkan Skor Min
                           Julat skor Min                     Tahap Nilai Skor Min
                             1.00 – 2.33                           Rendah
                             2.34 – 3.67                          Sederhana
                             3.68 – 5.00                           Tinggi

             Manakala bahagian B terdiri daripada soal selidik yang mempunyai 10 item yang bertujuan
             Untuk mengenalpasti Kefahaman pelajar terhadap Teknologi Hijau.

             Jadual 3: Item-item yang mengukur kefahaman pelajar tentang Teknologi Hijau
                            Soalan                              Item-item
                     Tahap Kefahaman Pelajar                 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10

             Jadual 4: Skor Min Dan Sisihan Piawai Bagi Borang Teknologi Hijau Terhadap Pelajar
                             Item                  Skor Min     Sisihan      Tahap
                                                                Piawai
             1.  Penggunaan  tenaga  elektrik  dapat  dijimatkan   4.133   0.501   Tinggi
             dengan adanya rumah solar mini sebagai tenaga
             alternatif
             2. Pembungkusan makanan menggunakan bahan   4.367   0.484       Tinggi
   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228