Page 228 - rise 2017
P. 228

tersebut.  Manakala  pensyarah  yang  kurang  mahir  akan  membuatkan  pelajar  tidak  serius  dalam
             pembelajarannya  dan  berasa  bosan  untuk  memberi  tumpuan  kepada  isi  pengajaran  (Clarice  dan  Aziz,
             2009). Pensyarah seharusnya bijak dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
             dan  penglibatan  secara  aktif  oleh  pelajar  semasa  proses  PnP  berlangsung.  Pensyarah  juga  harus
             mewujudkan perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap pelajar supaya mendorong mereka untuk meminati
             pelajaran yang diajar (Zubaidah, 2007).
                  Definisi gaya pengajaran ada pelbagai. Antaranya  Flanders (1970) yang mendefinisikan gaya
             pengajaran  kepada  tiga  iaitu  gaya  pengajaran  langsung,  gaya  pengajaran  tidak  langsung  dan  gaya
             pengajaran elektrik. Gaya pengajaran langsung adalah gaya pengajaran formal, yang mempunyai ciri-ciri
             berpusatkan pengajar dan hanya memfokuskan kepada kuliah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
             Manakala gaya pengajaran tidak langsung pula adalah pengajaran yang memusatkan kepada pelajar iaitu
             memberi kebebasan kepada pelajar untuk memberi pendapat dan pandangan terhadap pengajaran. Gaya
             pengajaran elektrik pula ialah gabungan di antara gaya pengajaran langsung dan tidak langsung dan gaya
             ini  lebih  bersifat  demokratik.  Selain  itu,  gaya  pengajaran  Fischer  dan  Fischer  (1979)    pula  terbahagi
             kepada enam iaitu gaya berorientasikan tugasan, gaya perancangan koperatif, gaya berpusatkan pelajar,
             gaya  berpusatkan  subjek,  gaya  berpusatkan  pembelajaran  dan  gaya  emosi.  Manakala  Kramlinger  dan
             Huberty  (1990)  mendefinisikan  gaya  pengajaran  kepada  tiga  kategori  iaitu  gaya  humanisme,  gaya
             behaviourisme dan gaya kognitivisme.
                  Menurut Peacock (2000), gaya pengajaran boleh dikategorikan kepada enam iaitu gaya visual,
             gaya  auditori,  gaya  kinestatik,  gaya  sentuhan,  gaya  berkumpulan  dan  gaya  individu.  Walau
             bagaimanapun, kajian ini hanya mengkaji gaya pengajaran  Grasha (1996) yang terbahagi kepada lima
             iaitu gaya pakar, gaya autoriti formal, gaya model personel, gaya fasilitator dan gaya delegator.

             Gaya Pengajaran Grasha
             Satu  model  pengajaran  telah  dikemukakan  oleh  Grasha  (1996)  di  peringkat    Pengajian  Tinggi.  Gaya
             pengajaran  ini  terhasil  daripada  pemerhatian  dan  kajiannya  selama  25  tahun.  Beliau  mengkategorikan
             gaya pengajaran kepada lima iaitu gaya pakar, gaya autoriti formal, gaya model personel, gaya fasilitator
             dan gaya delegator.
                  Gaya Pakar merupakan gaya yang kebiasaannya digunakan oleh kebanyakan pengajar/pensyarah.
             Pengajar  yang  mempunyai  gaya  pakar  lebih  menitikberatkan  penguasaan  fakta,  konsep,  dan  prinsip
             dalam  pengajaran.  Pengajar  juga  mempunyai  pengetahuan  yang  luas  dan  mendalam,  kemahiran  yang
             tinggi dan memberi fokus kepada pemyaluran maklumat. Pengajar boleh menggunakan gaya ini untuk
             menerangkan  pengajaran  dengan  lebih  jelas  dan  membuatkan  pelajar  lebih  faham  tentang  topik  yang
             dibincangkan.
                  Pengajar yang mempunyai gaya Autoriti Formal merupakan pengajar yang sangat berstruktur dan
             sering  memberi  maklum  balas  baik  positif  mahupun  negatif  mengenai  hasil  kerja  pelajar.  Mereka
             meletakkan  piawai  yang  tinggi  dalam  projek  atau  kerja  yang  diberikan  kepada  pelajar. Pengajar  akan
             menentukan semua aktiviti sepanjang proses pengajaran berlangsung dan tugas pelajar adalah melibatkan
             diri dalam semua aktiviti bawah pengawasan pengajar.
                  Gaya Model Personel adalah pengajar yang sering menunjukkan kaedah atau prosedur kepada
             pelajar  dalam  proses  pegajarannya.  Mereka  juga  akan  menonjolkan  diri  mereka  sebagai  model  atau
             mentor  yang  patut  di  contohi  oleh  pelajar  dari  segi  tingkah  laku  dan  kelakuan.  Pengajar  juga  akan
             berkongsi pengalaman serta maklumat yang ada agar pelajarnya lebih jelas dalam pengajarammya.
                  Gaya Fasilitator pula adalah pengajar yang mementingkan interaksi dalam pengajaran. Mereka
             akan sering membimbing pelajar dengan cara memberi soalan, panduan, maklum balas serta saranan dan
             galakkan kepada pelajarnya. Pengajar akan mewujudkan tindak balas antara pengajar dan pelajar agar
             pengajaran berlangsung dengan lebih menarik dan tidak bosan.
                  Gaya Delegator adalah pengajar yang bertindak sebagai rujukan apabila diperlukan. Maka pelajar
             akan dilihat berkebolehan dan mampu melaksanakan tugas dengan bimbingan pengajar yang minimum.
             Pengajar akan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pelajar untuk mencari bahan serta input dalam
             pengajarannya.
                  Terdapat beberapa pengkaji yang telah mengkaji gaya pengajaran Grasha.Antaranya ialah kajian
             Abd.Aziz (2011) terhadap 189 pelajar tingkatan enam atas di tujuh buah sekolah di Johor Baharu. Hasil
             kajiannya mendapati gaya pengajaran Grasha (1996) yang paling diminati ialah gaya pengajaran model
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233