Page 229 - rise 2017
P. 229

personel, diikuti gaya fasilitator dan gaya pakar. Manakala gaya pengajaran delegator dan autoriti formal
             kurang diminati oleh pelajar.
                  Rahayu (2009) pula mendapati gaya pengajaran guru cemerlang Fizik yang paling dominan ialah
             gaya  pakar.  Manakala  kajian  Rosalind  (2003)  mendapati  gaya  fasilitator  merupakan  gaya  pengajaran
             guru  Bahasa  Melayu  yang  kerap  digunakan  selepas  gaya  pengajaran  model  personel.  Bagaimanapun,
             hasil  kajian  ini  bertentangan  dengan  kajian  Vicky  (2005)  yang  mendapati  gaya  fasilitator  merupakan
             gaya yang paling kurang diminati oleh guru Matematik Tambahan. Kajian ini juga sepadan dengan kajian
             Nor Azlin (2009) apabila beliau juga mendapati gaya fasilitator lebih digemari pengajar kerana gaya ini
             berbentuk dua hala dan wujud interaksi serta hubungan yang baik antara pelajar dan pengajar. Dapatan
             ini  disokong  oleh  kajian  Ruslin  (2007)  yang  mengatakan  bahawa  setiap  pelajar  boleh  berjaya  dan
             mencapai keputusan yang baik jika diberi bimbingan dan galakkan serta sokongan secukupnya.
                  Menurut kajian Habsah (2014), gaya pengajaran yang dipilih oleh pelajar adalah model personel.
             Kajian  ini  disokong  oleh  Zamri,  Nik  Mohd  Rahimi  dan  Juliawati  (2009)  yang  turut  mendapati  gaya
             pengajaran  yang  sama  yang  paling  diminati  bagi  guru  Bahasa  Melayu  dan  Bahasa  Inggeris  di  Hulu
             Langat. Sementara kajian Noriah dan Sakinah (2003), mendapati guru-guru gemar menjadi fasilitator dan
             delegator semasa proses pengajaran disampaikan. Mazni (2002) pula mendapati kajiannya terhadap guru
             pelatih  di  Institut  Perguruan  Raja  Melewar  bahawa  gaya  fasilitator  lebih  diminati  oleh  pelatih  lelaki
             berbanding perempuan.
                     Kesimpulannya, gaya pengajaran pengajar dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman. Antara
             faktor luaran itu adalah bidang pengajaran, umur, pengalaman keperluan dan latihan kursus sementara
             faktor  dalaman  meliputi  emosi,  pengetahuan  pedagogi,  kesabaran  melayan  karenah  pelajar,serta
             kesanggupan mengambil risiko dalam diri pengajar. Dalam kajian ini, pengkaji berhasrat untuk mengenal
             pasti gaya pengajaran yang paling dominan yang diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
             Kursus Asas Keusahawanan di UKM.

             Pencapaian Pelajar Dalam Kursus Asas Keusahawanan dan Inovasi
             Pencapaian akademik yang cemerlang adalah impian setiap pelajar. Namun, ia juga menentukan kejayaan
             seorang  pengajar  dalam  penyampaiannya.  Sama  ada  pelajar  mahupun  pengajar,  kedua-duanya
             menginginkan pencapaian yang cemerlang kerana ia menunjukkan proses pembelajaran terhasil dengan
             pemahaman  yang  baik.  Maka,  pengajar  perlu  menitikberatkan  usahanya  agar  penyampaiannya  dapat
             memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran pelajarnya. Tambahan pula, pencapaian pelajar dalam
             sesuatu pembelajaran akan dianggap sebagai hasil dari pengajaran seseorang pengajar. Seorang pengajar
             seharusnya  memahami  gaya  pembelajaran  pelajarnya  dan  menganggap  perbezaan  yang  ada  pada  diri
             pelajar  itu  adalah  satu  keistimewaan  mereka.  Hasilnya,  gaya  tersebut  dapat  memberikan  impak  pada
             sesuatu pengajaran itu (Abdullah dan Khatijah, 2002).
                  Pelajar  yang  cemerlang  dalam  peperiksaan  biasanya dikatakan  pelajar  yang  pintar  cerdas  atau
             berbakat dan mempunyai kebolehan yang lebih tinggi  berbanding pelajar lain (Abdul Muqsith, 2013).
             Namun, kebolehan seseorang pelajar boleh dipupuk untuk menjadi seorang yang cemerlang jika mereka
             mendapat  pengajaran  yang  berkesan  oleh  pengajarnya.  Dalam  kajian  How  (2007)  misalnya  terhadap
             faktor-faktor  yang  mempengaruhi  gejala  ponteng  dalam  kalangan  pelajar  tingkatan  dua  dan  empat  di
             daerah  Johor  Bahru.  Kajian  beliau  mendapati  faktor  yang  paling  dominan  yang  mendorong  pelajar
             ponteng sekolah adalah disebabkan oleh faktor guru. Rodiah (2008) juga mendapati wujudnya hubungan
             yang signifikan antara komitmen pelajar dalam pembelajaran bahasa Malaysia dengan amalan pengajaran
             guru dalam mata pelajaran tersebut. Kajian Haniza (2003) mendapati wujudnya korelasi antara amalan
             pengajaran guru dengan pencapaian mereka dalam ujian mata pelajaran Bahasa Inggeris..
                  Maka,  kajian  ini  akan  mengkaji  hubungan  gaya  pengajaran  pensyarah  yang  paling  dominan
             dengan  pencapaian  pelajar  dalam  Kursus  Asas  Keusahawanan  di  UKM.  Pencapaian  ini  akan  diukur
             berdasarkan gred pencapaian yang diperoleh oleh pelajar dalam kursus tersebut.

             Metodologi
             Kajian  ini  menggunakan  kaedah  kuantitatif  dengan  soal  selidik  sebagai  instrumen  utama.        Populasi
             kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah mengambil kursus LMCW1022 iaitu seramai 12,050
             orang (UKM 2016). Oleh kerana kajian ini ingin mengkaji prestasi pencapaian pelajar maka populasi
             adalah semua pelajar sarjana muda yang telah mengambil Kursus LMCW1022.
   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234