Page 234 - rise 2017
P. 234

Analisis Item Soalan: Kajian Kursus Asas Bahasa Arab 1

                                 Ahmad Farid Fadhli Mustafa & Hazirah Adnan

                                     Universiti Sultan Azlan Shah, Perak.
                                    Universiti Pendidikan Sultan Idris,Perak.

                                           farid@usas.edu.my


                                              ABSTRAK
             Kajian ini cuba menganalisis serta menilai terhadap item peperiksaan akhir kursus Asas Bahasa Arab I
             (PBA6012) di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar. Pengkaji akan menganalisis item-
             item  peperiksaan  akhir  tersebut  berdasarkan isi  kandungan  yang  telah  dipelajari  dengan menggunakan
             juzu’ pertama, kitab Durus al-Lughat al-Arabiyyah li Ghairi an-Natiqina biha karangan Syiekh Dr. Abd
             al-Raheem. Analisis dan penilaian yang akan dilakukan adalah dengan menggunakan Indeks Kesukaran
             terhadap kertas jawapan dan keputusan peperiksaan akhir semester 2, sesi 2016/2017. Pemerolehan data-
             data kajian ini bertujuan untuk mengesahkan sama ada soalan-soalan atau item-item tersebut sesuai untuk
             diguna  pakai  atau  perlu  penambah  baikan.  Diharapkan  hasil  dapatan  kajian  ini  akan  memberikan
             gambaran berkaitan PdPc Bahasa Arab serta dapat membantu pengkaji menghasilkan Modul Pengajaran
             dan  Pembelajaran  Bahasa  Arab  yang  bersesuaian  dengan  tahap  pelajar  dalam  usaha  meningkatkan
             pencapaian penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar USAS.

             Kata Kunci: Analisis Item, Asas Bahasa Arab & Soalan


             Pendahuluan
             Pembelajaran bahasa Arab kini telah berkembang pesat ke seluruh dunia. Pembelajaran bahasa Arab tidak
             lagi  semata-mata  diperolehi  di  negara Arab.  Menurut  Rafa’il  Nakhlah Al-Yasu’iy  (1986)  menyatakan
             bahawa bahasa Arab merupakan bahasa yang berkembang dan digunapakai bukan sahaja di negara Arab,
             bahkan ia digunakan juga di Asia, Afrika dan juga Eropah semenjak 14 kurun yang lalu. Di Malaysia,
             pendidikan awal pembelajaran bahasa Arab bermula pada peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat
             universiti.  Menurut  Wan  Azura  Wan  Halim  et.  al.  (2006)  kerajaan  Malaysia  telah  mewujudkan  satu
             program  pembelajaran  bahasa  Arab  melalui  J-QAF  bagi  mendedahkan  kemahiran  berbahasa Arab  di
             peringkat rendah kepada murid-murid.

                  Di  peringkat  IPT  di  Malysia  pula,  terdapat  beberapa  universiti  telah  menubuhkan  fakulti
             pengajian  Islam  yang  menggunakan  bahasa  Arab  sebagai  bahasa  teras  atau  pengantar  seperti  Fakulti
             Pengajian Islam (UKM), Akademik Pengajian Islam (UM), Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan (UIA),
             Fakulti Quran dan Sunnah (USIM) dan lain-lain.

                  Di  Universiti  Sultan  Azlan  Shah  (USAS)  Kuala  Kangsar,  terdapat  banyak  program  yang
             menggunakan bahasa Arab sebagai satu subjek wajib, yang mana setiap pelajar dikehendaki mendaftar
             dan lulus kursus bahasa Arab tersebut. Tujuan asas mewajibkan pelajar mendaftar kursus bahasa Arab
             agar mereka dapat mengetahui ciri-ciri khas bahasa Arab dan hubungkait terhadap perkataan dan ayat dan
             juga pelajar juga mampu menulis ayat ringkas dan berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan perbualan
             yang ringkas.


             Permasalahan Kajian
             Kesukaran  penguasaan  bahasa  Arab  khususnya  dalam  kalangan  pelajar  telah  menarik  minat  ramai
             pengkaji  untuk  menjalankan  kajian  berkaitan  dengan  tahap    penguasaan  dan  penilaian  bahasa  Arab
             antaranya kajian Zamri Arifin dan Nor Masyitah Mohd Sham (2012) menyatakan bahawa dapatan kajian
             yang  diperolehi  mendapati  bahawa  tahap  kebolehbacaan  teks-teks  sastera Arab  zaman Andalus  dalam
             nota imla’ yang dikaji berada pada tahap sukar dan tidak sesuai dijadikan sebagai bahan pengajaran untuk
   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239